Posts

Showing posts with the label Strategi

#PRNJohor: Strategi dan pendekatan mesti dipelbagaikan

Image
#PRNJohor: Strategi dan pendekatan mesti dipelbagaikan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154179 ] Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah berbeza dan lebih mencabar. Menurut beliau, jentera Komunikasi dan Penerangan BN UMNO mesti menggunakan pendekatan dan strategi yang berbeza serta dipelbagaikan bagi menghadapi pengundi kerana rakyat Johor mungkin berbeza sikap dan pemikirannya. “Perlu diingat, kita akan ditinggalkan atau tidak digemari oleh sebahagian pengundi mungkin kerana pendekatan yang diguna dan apa yang disampaikan oleh kita tidak mereka minati. “Maka jentera Komunikasi BN semua parti UMNO, MCA , MIC atau PBRS serta Parti sahabat BN mesti bijaksana,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. Justeru itu, tanggungjawab besar sebagai jentera Komunikasi dan Penerangan UMNO BN adalah terlebih dahulu memahami latarbelakang dan kedudukan serta sikap pengundi. “Saya yakin jika pendekatan kita digema