Posts

Showing posts with the label Kekasih

[Video] Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih

Image
[Video] Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih  -  https://pakdin.my/155071 - MELAKA - Seorang lelaki dipercayai menikam dirinya sendiri sehingga mati selepas membunuh bekas kekasihnya di sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, pada Sabtu. Dalam kejadian jam 4 petang, mayat lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam objek tajam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang memaklumkan perkara itu sebelum pasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia. "Mayat lelaki ditemui dalam bilik tidur dengan berlumuran darah dipercayai akibat tikaman sendiri. "Polis turut menemui pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Bagaimanapun beliau berkata, motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis. Kata

Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih

Image
Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih [Sumber: https://pakdin.my/?p=154750 ] KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik haiwan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan merogol bekas kekasih bawah umur pada tujuh tahun lalu. Tertuduh, Mohd Farit Mohd Noor, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah kosong di Bachok pada jam 2 petang September 2015. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pada prosiding itu, Ahmad Fariz menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan keluarganya. Tertuduh p