Posts

Showing posts with the label Jabatan Peguam Negara

Dewan Negara: 41 kes jenayah babit ahli politik diklasifikasikan NFA

Image
 Sebanyak 41 daripada 60 kertas siasatan kes jenayah membabitkan ahli politik dari tahun 2020 hingga Julai lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Perkata itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Negara semalam. Menurut beliau, penilaian kes terbabit dibuat berasaskan fakta, bukti dan undang-undang yang terpakai dengan mengambil kira prinsip integriti, ketelusan serta kebebasan pendakwaan. Bagaimanapun, katanya, siasatan dan semakan lanjut masih boleh dijalankan jika ada perkembangan baharu pada masa depan. “Berdasarkan maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC), sepanjang 2020 hingga Julai lalu, sebanyak 60 kertas siasatan dibuka terhadap ahli politik dengan 41 diklasifikasikan NFA. “Kes jenayah tidak seperti kes sivil, ia tidak tertakluk kepada had tempoh masa. Jika ada perkembangan baharu, siasatan dan semakan lanjut boleh dijalankan,” ka...

Kes Ahmad Zahid: Majlis Peguam tak tahu atau buat-buat tak tahu

Image
 Kes Ahmad Zahid: Majlis Peguam tak tahu atau buat-buat tak tahu BACA seterusnya di: pakdin.my/167352 - Majlis Peguam putar belit fakta dengan menyebut 'penarikan balik sepenuhnya kes' melibatkan Ahmad Zahid. Peguam Negara boleh 'memberhentikan pertuduhan' di mana-mana peringkat selagi penghakiman belum diberikan oleh mahkamah dan ini termasuk di peringkat selepas kes prima facie telah dibuktikan. Representasi-representasi yang dikemukakan dalam kes Ahmad Zahid memiliki terlalu banyak butiran dan setiap representasi mempunyai lebih 200 muka surat tidak termasuk dokumen sokongan yang dilampirkan.  Peguam Negara serta Jabatan Peguam Negara tidak boleh secara semberono menolak representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh sebaliknya perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang-undang. Jabatan Peguam Negara, dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan, masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbud...

[VIDEO] Datuk Ahmad Terrirudin memulakan tugas hari ini

Image
[VIDEO] Datuk Ahmad Terrirudin memulakan tugas hari ini BACA seterusnya di: pakdin.my/167338 - PUTRAJAYA - Peguam Negara yang baharu dilantik Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memulakan tugas rasminya di Putrajaya, hari ini. Beliau mendaftar masuk kehadiran menerusi sistem dalam talian sebaik sahaja tiba di Jabatan Peguam Negara (AGC) pada pukul 8.15 pagi. Kehadirannya disambut Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan serta ketua-ketua bahagian AGC. "Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, atas pelantikan saya sebagai Peguam Negara dan termasuklah Kerajaan Malaysia kerana melantik saya sebagai Peguam Negara dan Insy-Allah, saya akan laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin,"kata Ahmad Terrirudin, di sini. Terdahulu pelantikan Ahmad Terrirudin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Pelantikannya sebagai Peguam Negara ...

[VIDEO] Mahkamah lepas tanpa bebas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lepas daripada 47 pertuduhan

Image
[VIDEO] Mahkamah lepas tanpa bebas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lepas daripada 47 pertuduhan BACA seterusnya di: pakdin.my/167323 - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi Timbalan Perdana Menteri bagi menggugurkan kesemua tuduhan. Pihak pendakwaan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berdasarkan 11 alasan mengikut peruntukan 145 Perlembagaan Persekutuan.  Bagaimanapun, peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan. Ini kerana, ia tidak adil kepada anak guamnya untuk menangguhkan perbicaraan ke satu tempoh yang tidak tentu.  https://youtu.be/0LkSxxRXp4c 10 April lalu, Datuk...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Image
Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158500   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya. Dalam kenyataan, SPRM berkata pihaknya selesai melakukan siasatan kes melibatkan Nazlan yang bermula sejak Mac lalu. “Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan,” katanya. Pada 23 Apr lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan. Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial. Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil menyatakan, ia adalah...