Posts

Showing posts with the label Mahathir

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Image
Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758 Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 6 Nov untuk mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah. Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris menetapkan 6 hingga 9 Nov untuk perbicaraan dan menetapkan 14 April bagi pengurusan kes sebelum perbicaraan. “Perbicaraan itu akan didengar Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada 10 pagi,” kata peguam itu selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian hari ini. Pada 20 April tahun lepas, Ahmad Zahid selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi

[VIDEO] Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir

Image
Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162319/?amp=1 Dia tubuh UMNO baharu, dia keluar. Dia tubuh BERSATU, dia dipecat. Dia tubuh PEJUANG, dia keluar. Dia juga yang kata: "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." Dr Mahathir umum keluar UMNO https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/02/129297/dr-mahathir-umum-keluar-umno Tun M tubuh parti baharu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/607969/tun-m-tubuh-parti-baharu Tun M dipecat dari Bersatu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/583424/tun-m-dipecat-dari-bersatu Mahathir keluar Pejuang https://www.malaysiakini.com/news/654686 "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." - Mahathir BACA seterusnya di: https://t.co/l3ULoI8DWZ pic.twitter.com/WeaJJ37Qb4 — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) February 11, 2023

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

Image
#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161042 BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi, di tempat keempat dalam persaingan lima calon. Langkawi dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti  13,518 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Armishah Siraj yang mendapat 11,945 undi. Dr Mahathir bertanding pilihan raya sejak 1964 dan tidak pernah kalah sehingga pilihan raya terakhirnya pada masa itu pada 1999. Beliau tidak bertanding lagi selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003. Dr Mahathir kembali bertanding pilihan raya pada 2018 ketika memimpin kempen pembangkang menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14. Selain Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir Sainudin juga hilang deposit.

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Image
#PRU15:  Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161031/ Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, KPN dan ketua SPRM di bawah kawalan parlimen. Kerana beliau komited untuk membersihkan Malaysia daripada unsur-unsur salah seperti salah guna kuasa, rasuah, penipuan pentadbiran, dan tidak amanah. Dan kerana beliau komited untuk mengukuhkan konsep pengasingan kuasa dan integriti. Oleh kerana dia melantik sendiri AG dia, berulang kali dia melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan melantik hakim tertinggi dia sendiri, melantik penyokong setia dia sendiri sebagai Ketua Polis Negara walaupun pada hakikatnya dia sudah melepasi umur persaraan dan melantik ahli politik aktif daripada kalangan pemimpi pa

Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB

Image
Mahathir terima RM2.6 juta daripada UKSB Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159678/ Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar di dalam komputer riba milik saksi itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini. Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Mahathir menerima sumbangan politik, saksi berusia 47 tahun itu menjawab: “Ya dan parti (Bersatu)”. Saksi ke-17 itu memberitahu mahkamah sumbangan dana berkenaan dibayar melalui anak saudara Mahathir iaitu Tan Sri Rahmat Abu Bakar yang menggunakan kod nama ‘Kedahan’. Ahmad Zaidi : Kenapa anda membuat pembayaran kepada Tan Sri Rahmat? Tan : Saya perc

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa

Image
Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159398    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). “Hari ini terbukti sudah kamu melepaskan Muhyiddin daripada didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan (terhadap Umno),” katanya dalam kenyataan. Razlan berkata, Muhyiddin sepatutnya menghadapi tuduhan sama seperti Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, atau sekurang-kurangnya menjawab dakwaan itu di mahkamah. Katanya, Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu, akan tahu Muhyiddin menerima wang daripada UKSB dan bekas peguam negara, Tommy Thomas juga akan tahu bukti kes itu serta mengetahui siapa terbabit. “Hari ini, Zahid terpaksa membuktikan diri beliau di mahkamah, terpaksa berhadapan dengan cercaan masyarakat, tap

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

Image
Cukup-cukuplah Tun Mahathir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158478   1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan. 2. Pertama, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar pro-Melayu/Bumiputera yang beliau lakukan kurang berjaya. Malah beliau sentiasa menyindir dan memperkecilkan orang Melayu dengan panggilan malas dan mudah lupa. 3. Beliau tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, kad siswa, Teksi 1Malaysia subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan dan lain-lain kerana ianya dianggap membazir dan memanjakan orang Melayu. 4. Kongres Maruah Melayu yang dianjur tidak lebih sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tiada tawaran konkrit kepada orang Melayu yang diberikan. 5. Jika ada pun, Dasar Kemakmuran Bersama yang dipelopori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak membuahka

PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis

Image
PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis Sumber:  https://pakdin.my/158034   ... Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya. “Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang renda

Hadi pula dijangka bertemu Mahathir

Image
Hadi pula dijangka bertemu Mahathir Sumber:  https://pakdin.my/158030 .... Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah. Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal. “Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah. “Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia. Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, iaitu selepas Bersatu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor. Abdul Hadi

[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M

Image
[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M Sumber:  https://pakdin.my/158026 ..... Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri. “Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media di sini, hari ini. Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM”. Semalam, dua bekas perdana menteri itu dilaporkan mengadakan pertemuan baru-baru ini atas permintaan Muhyiddin. Anak Mahathir, Mukhriz dipetik sebagai berkata, Muhyiddin mahu Pejuang dan PPBM bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU15). “Semasa (Muhyiddin) jadi perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan kepimpinannya,” kata Mahathir. “Beliau bukan perdana menteri yang bagus. Jika beliau capai sesuatu yang

Imej Dr M, Anwar, Hadi semakin merosot, kata Puad

Image
Imej Dr M, Anwar, Hadi semakin merosot, kata Puad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157185   - Imej pimpinan utama pembangkang seperti Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang jelas semakin merosot susulan kekalahan dalam beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) termasuk terakhir di Johor, menurut seorang pemimpin Umno. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, paling ketara adalah Mahathir yang dilihat seperti “menangkap muat” calon partinya untuk bertanding dalam PRN Johor. “PRN menunjukkan pengaruh Mahathir paling nyata berada peringkat minimum. Paling ‘significant’ tak ada jentera. Mereka bergantung kepada upah orang untuk naikkan bendera. “Paling teruk calon-calon tangkap muat. Tak kenal datang dari mana, yang tak ada sumbangan dalam masyarakat,” katanya. Pada PRN Johor Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meraih kemenangan melebihi majoriti 2/3, berbanding Perikatan Nasional (PN) tiga, P

Mahathir dan Muhyiddin tidak pernah bayar prinsipal hutang 1MDB

Image
Mahathir dan Muhyiddin tidak pernah bayar prinsipal  hutang 1MDB Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155709 - Tengku Zafrul kata tuduhan kerajaan tidak pernah membayar balik hutang 1MDB adalah "tidak berasas". Katanya sudah bayar RM13.3 bilion prinsipal dan faedah.  Tetapi kantoi rupa-rupanya kerajaan BN yang bayar prinsipal hutang itu bukan PH atau PN!  Dato Seri Najib Razak  dedahkan bayaran dibuat daripada hasil jualan syarikat IPP (milik 1MDB) RM10 bilion dan tanah (milik 1MDB) RM2.7 bilion, memang tidak menggunakan duit kerajaan.  Terus krikk krikk Tengku Zafrul! Jadi mksudnya prinsipal hutang 1MDB daripada 42 bilion turun kepada 32 bilion itu bayaran zaman BN. PH & PN tidak pernah membayar prinsipal hutang 1MDB langsung! Kenapa kerajaan PN tak bayar prinsipal hutang? Tengku zafrul menjawab sebab hutang tu belum matang, belum sampai masa untuk dibayar, sebab itu kerajaan PN tak perlu bayar sekarang. PH & Muhyiddin bayar interest sedikit sahaja tapi bisingnya maca

[Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin

Image
  [Video] ‘Sudah-sudahlah menipu, bukti semua ada’, Najib jawab dakwaan Muhyiddin [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154594 ] Adakah dia khianat Pak Lah sebab 1MDB? Dia khianat Pak Lah, dia naik dari Naib presiden menjadi TImbalan presiden dan timbalan perdana menteri. Adakah dia khianat Mahathir dan PH sehingga kerajaan jatuh sebab 1MDB? Dia khianat Mahathir dan PH dan dia naik dari Menteri KDN menjadi Perdana Menteri. Adakah dia derhaka pada YDP Agong sebab 1MDB? Dia derhaka pada YDP Agong dengan melawan titah bahawa ordinan darurat perlu didebat dalam Dewan Rakyat dalam cubaan untuk mengelak kalah undi ordinan dan dia hilang jawatan sebagai Perdana Menteri.  Sehingga YDP Agong dua kali zahirkan amat duka cita hanya sebab dia mahu kekalkan jawatan PM. Track rekod dia ialah pengkhianat. Kalau dia nak kata gelarkan saya sebagai penjenayah sebab ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta dalam kes SRC, dipersilakan. Tapi perlu faham juga bahawa RM642 juta yang saya terima dari Kement

Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN

Image
  Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN [Sumber: https://pakdin.my/?p=153694 ] Pengamal media mula berkumpul di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengikuti perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia susulan timbul dakwaan kesihatan Tun Mahathir Mohamad berada dalam keadaan membimbangkan di pusat perubatan itu. Bagaimanapun, IJN ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkembangan semasa kesihatan bekas Perdana Menteri tersebut. Pasukan komunikasi Dr Mahathir berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi, tetapi enggan mengulas lanjut. Difahamkan, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh tersebut pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan. Sementara pada 16 Disember lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan

‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC

Image
‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC [LINK:  https://pakdin.my/?p=153310 ] Saya dihukum atas dakwaan salah guna kuasa sebab saya terlibat dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC pada tahun 2011. Ianya bukan saya yang mengesyorkan ataupun mengemukan kertas kabinet tersebut. Namun dua lalu, satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura. Namun, hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan. Tun Mahathir juga senyap dengan pendedahan ini walaupun ianya melibatkan orang kuat Tun. Akibat mesyuarat kabinet tahun 2011 itu, saya juga didakwa dan dihukum sebab saya dikatakan melanggar akta AMLA pada tahun 2014 dan 2015 setelah RM42 jut

Tommy Thomas dedah beliau dan Mahathir berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara - Najib

Image
Hari ini, ada bekas hakim yang keluarkan kenyataan bahawa ianya salah bagi Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim negara. Bahawa pelantikan hakim-hakim perlu hanya di bawah kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tanpa campur tangan pihak lain termasuk PM. Saya setuju dengan kenyataan bekas hakim ini. Baca seterusnya di: https://pakdin.my/?p=146952