Posts

Showing posts with the label Gajah

🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah

Image
🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung  selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah BACA seterusnya di https://pakdin.my/173864 `Selamba dan ‘sempoi’, demikian pandangan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila secara bersahaja menikmati cendol bersama Putera Monaco, Putera Albert II di sebuah gerai hari ini. Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati minuman cendol bersama Yang Teramat Mulia Putera Monaco, Putera Albert II di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang selepas tamat lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunggang gajah sempena lawatan Putera Monaco, Putera Albert II ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan( PKGK ) Kuala Gandah, Lanchang hari ini. Al Sultan Abdullah menunggang gajah diberi nama Myainton Pian berus

[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang

Image
[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161704 GUA MUSANG: Tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8, di sini pada 4 pagi Ahad lepas. Penyelia ladang Mohd Khairul Faiza Muhammad Din berkata kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu lepas (4 Jan). “Kali pertama mamalia tersebut muncul juga pada 4 pagi, membuatkan saya bersama dua lagi rakan serumah terkejut melihat belalai gajah masuk ke dalam bahagian dapur menerusi cermin tingkap yang telah pecah. “Pada Ahad lepas, gajah terbabit muncul lagi dan mengambil makanan seperti garam, minyak serta mi segera yang berada berhampiran kawasan sinki dapur di hadapan tingkap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Khairul Faiza kehadiran mamalia tersebut dalam kawasan rumah amat me

Remaja parah langgar gajah

Image
Remaja parah langgar gajah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160410/ Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam tadi. Ibu mangsa, Mislawati Paiman, 46, berkata, anaknya Muhammad Danish Saedin, 17, yang menunggang motosikal bersendirian ketika kejadian kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Katanya, sebelum kejadian anaknya dikatakan mengisi minyak motosikal di Taman Seri Impian di sini sebelum pulang ke rumah mereka di Taman Sri Lambak. "Doktor mengatakan terdapat pendarahan di kepalanya dan kekal. Ketika ini anak saya sedang ditidurkan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. "Saya mendapat tahu berita kemalangan berkenaan daripada rakan anak yang bergegas mencari saya di rumah. Memang terkejut dan kami sekeluarga bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom selepas itu. "Difahamkan

[Video] Cemas Gajah Buat ‘Roadblock’

Image
[Video] Cemas Gajah Buat ‘Roadblock’.  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158397     Laluan Lebuh Raya Timur Barat terutamanya berdekatan sempadan Perak dan Kelantan iaitu sekitar kawasan Gerik terkenal dengan kehadiran gajah di atas jalan raya. Terbaharu, menerusi hantaran di laman Facebook Haiza Craft, wanita itu berkongsi satu klip video yang memaparkan kehadiran seekor gajah di laluan tersebut. Menurut wanita itu, gajah berkenaan menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sehingga kenderaan yang dinaikinya juga terpaksa berpatah balik. Menerusi klip video yang dikongsi wanita itu, kelihatan gajah berkenaan hanya ingin melintas jalan dan tidak menganggu atau merosakkan kenderaan yang berada di sekitar kawasan itu. Susulan kejadian itu, aliran trafik di kawasan itu juga dilaporkan sedikit sesak kereta kenderaan terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan itu untuk melintas. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi tepat kejadian itu dirakam. Susulan perkongsian

[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Image
[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Sumber:  https://pakdin.my/157645 = GUA MUSANG - Tular pada Sabtu satu video pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini terkejut dengan kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan. Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh ISKK TV menunjukkan seekor gajah sedang melintasi laluan berkenaan dan sudah ditonton oleh 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi sebanyak 101 kali oleh pengguna Facebook. Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat gajah melalui jalan tersebut. Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi pada Ahad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu. "Nasihat saya jika terserempak dengan haiwan itu jangan panik dan elakkan menekan hon. "Hal ini bagi mengelakkan h

[Video] Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang

Image
[Video] Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154839 ] IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan menerima laporan mengenai insiden pencerobohan gajah di Kem Sri Banding, Gerik, baru-baru ini, seperti ditularkan menerusi rakaman video. Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata gajah itu dilihat menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan. Tanpa menerangkan insiden secara terperinci, beliau berkata, gangguan gajah di kem terbabit kerap berlaku, terutama apabila dipercayai berlaku kerosakan pada pagar elektrik atau pagar tidak diselenggara dengan baik. "Ada (terima laporan baru-baru ini) dan ini kejadian berulang yang mana situasi sama kerap berlaku di situ. Cuma kali ini ada pula yang rakam dan viralkan. "Punca gajah itu masuk, mungkin kerana masalah pagar elektrik di kem berkenaan yang rosak atau tidak diselenggarakan dengan baik. "Pejabat PERH