Posts

Showing posts with the label PAN

Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden PAN, Mahfuz Omar

Image
Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden  PAN, Mahfuz Omar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159237   Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar percaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak selesa dengan desakan berterusan Umno agar pilihan raya umum (PRU) diadakan awal memandangkan ia menjejaskan kedudukannya. Mahfuz berkata, Ismail tidak akan senang dengan tekanan itu kerana beliau tahu rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup dan akan menunjukkannya pada PRU. “Saya tak rasa Ismail bersedia untuk melepaskan jawatannya begitu sahaja,” kata Mahfuz dalam program bual bicara Amanah yang disiarkan di Facebook semalam. “Saya tak rasa perdana menteri boleh terima keputusan yang dicapai pada konvensyen BN (Barisan Nasional) untuk membubarkan Parlimen sekarang, apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kos sara hidup.” “Perdana menteri patut tahu bahawa rakyat sudah letih dan muak dengan krisis yang kita hadapi sekarang. Jika beliau mahu jadi perdana menteri dengan pen

#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang

Image
#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154551 ] Wanita PKR Johor kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi ‘mudah menang’ kepada MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) itu nanti. Ketuanya Napsiah Khamis mempersoalkan tindakan itu kerana baginya Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berpotensi dipertahankan Pakatan Harapan (PH). “PH sepatutnya kena jaga kerusi yang macam ni, kita tidak tahu bagaimana kesetiaan MUDA kepada kita, tidak teruji pun lagi, jadi itu yang kita pertikaikan,” katanya. DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada MUDA untuk ditandingi. Kerusi itu dilihat berpotensi dimenangi memandangkan PH menang di kawasan berkenaan dalam dua pilihan raya sebelum ini. Pada PRU14, DUN Puteri Wangsa mempunyai pengundi 39% Melayu, Cina 50%, India 10% dan lain-lain 1%. Mazlan Bujang daripada Bersatu, yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti 24,959 un