Posts

Showing posts with the label Fitnah

Guan Eng mohon keluarkan notis bankrap terhadap Muhyiddin

Image
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, telah mengemukakan permohonan untuk mengeluarkan notis kebankrapan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Permohonan ini berkaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November lalu yang memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Guan Eng selepas didapati bertanggungjawab memfitnah. Notis kebankrapan menyatakan bahawa Muhyiddin mesti membayar RM1.402 juta dalam tempoh tujuh hari selepas penyampaian notis tersebut. Muhyiddin juga memohon untuk menggantung sementara penghakiman itu sementara menunggu rayuannya didengar dan dilupuskan. Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi am sebanyak RM1.05 juta, dan ganti rugi teruk serta teladan masing-masing berjumlah RM150,000 kepada Guan Eng. Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook berhubung isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.

Saman fitnah, Ketua Pemuda UMNO diperintah bayar abang kandung RM49,200

Image
Saman fitnah, Ketua Pemuda UMNO diperintah bayar abang kandung RM49,200 BACA seterusnya: https://pakdin.my/174217 MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM49,200 kepada abangnya, Dr. Muhamad Solehin Saleh. Ini susulan saman fitnah difailkan Muhamad Solehin pada September 2022 berhubung satu hantaran Facebook dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu pada 26 Ogos 2022. Dalam tuntutannya, Muhamad Solehin berkata, Muhamad Akmal memfitnahnya apabila menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif terhadapnya. Hakim Mohd. Sabri Ismail membuat ketetapan itu selepas mendapati Muhamad Solehin berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhamad Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian. Mahkamah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka itu membayar sebanyak RM30,000 sebagai ganti rugi am...

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Image
Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758 Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 6 Nov untuk mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah. Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris menetapkan 6 hingga 9 Nov untuk perbicaraan dan menetapkan 14 April bagi pengurusan kes sebelum perbicaraan. “Perbicaraan itu akan didengar Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada 10 pagi,” kata peguam itu selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian hari ini. Pada 20 April tahun lepas, Ahmad Zahid selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi...