Posts

Showing posts with the label Ipoh

Thailand dijangka melepasi sasaran eksport beras 2023 apabila angka November melonjak

Image
Thailand dijangka melepasi sasaran eksport beras 2023 apabila angka November melonjak Sasaran eksport beras 2023 Thailannd sebanyak 8.5 juta tan hasil daripada lonjakan ketara dalam pembelian pada November, kata persatuan eksport beras. https://pakdin.my/174961 Charoen Laothamatas, presiden Persatuan Pengeksport Beras Thai, berkata pada hari Selasa bahawa eksport beras pada November mencecah 1.007 juta tan bernilai 23.01 bilion baht, masing-masing meningkat sebanyak 19.9% dan 23.3% berbanding Oktober. Rangsangan dalam eksport beras November kebanyakannya adalah dalam kategori beras putih dan beras jasmine kerana pengimport mahu menambah stok yang semakin berkurangan di tengah-tengah harga beras global yang tinggi dalam tempoh 15 tahun. Eksport beras digilap pada November berjumlah 659,694 tan, mencerminkan 31% yang besar berbanding Oktober. Pasaran utama bagi beras putih Thai termasuk Indonesia, Filipina, Algeria, Iraq, Malaysia, Jepun, Brazil dan Cameroon, katanya. Sebaliknya, Novembe...

▶️ Sindiket pelacuran dan pusat hiburan tumpas

Image
▶️ Sindiket pelacuran dan pusat hiburan tumpas https://pakdin.my/174957 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dan pusat hiburan dalam satu Operasi Khas dijalankan pada 12 Januari 2024 di 5 lokasi iaitu 2 premis pusat pelacuran dan 3 premis pusat hiburan KTV di Perakc Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis. Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 1 bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pasukan operasi telah diatur gerak ke 5 premis dan telah menahan 52 orang perempuan warganegara China...

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal

Image
Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal BACA di: https://pakdin.my/173714 Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan? Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa. Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak. Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia. Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was. "Jangan cepat terpe...

🎦 "Rasa macam kuda lari atas rumah" - Mangsa ribut Klebang Jaya

Image
🎦 "Rasa macam kuda lari atas rumah" - Mangsa ribut Klebang Jaya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170663 IPOH -- “Saya laung azan tiga kali, rasa macam kuda lari atas rumah,” kata Ismail Daud, 65, menceritakan kejadian ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumahnya dalam kejadian di Klebang Jaya, di sini petang tadi. Menurut pesara tentera itu ketika kejadian kira-kira 4.15 petang 8/11/2023, dia sedang tidur di ruang tamu rumah manakala isteri dan dua anaknya sedang berehat. “Saya tersedar apabila siling rumah tiba-tiba jatuh dan air hujan masuk rumah, serentak itu bumbung rumah dari dapur dan bilik sehingga ruang tamu diterbangkan angin ribut satu persatu,” katanya ketika ditemui di rumahnya malam ini. Katanya ribut dan angin kuat yang berlangsung kira-kira 20 minit itu turut menerbangkan bumbung rumah jiran dan menarik tiang serta wayar elektrik di kawasan tersebut. Ia membuatkan dia gerun dan melaungkan azan tiga kali.  "Sebaik azan yang ketiga ribut mula be...

[VIDEO] Ditahan lepas mengaku bunuh teman wanita

Image
[VIDEO] Ditahan lepas mengaku bunuh teman wanita BACA seterusnya: https://pakdin.my/166114 IPOH  -- Seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon di sini, awal pagi 25 Jun 2023. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita pada 4.34 pagi 25 Jun 2023 mengenai satu kejadian pergaduhan membabitkan pasangan kekasih itu di tingkat atas rumah kedai berkenaan. "Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berumur 24 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas sebuah katil dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. "Polis menahan teman lelaki mangsa berusia 23 tahun yang mengaku telah memukul mangsa dan turut menahan tiga lagi individu berusia lingkungan 29 hingga 65 tahun termasuk ibu suspek yang berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini. Yaha...

Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong

Image
Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160694/ MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi mengesan sebuah helikopter jenis Eurocopter yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor pada tengah hari, Ahad Beliau berkata demikian susulan pemakluman oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang menjelaskan helikopter berkenaan sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas pada jam 11.37 pagi. Menurutnya, helikopter yang dimiliki oleh sebuah syarikat dikhuatiri hilang pada jam 12.16 tengah hari oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di sebuah lokasi berhampiran Bidor, Perak. "Pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini dan operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan di lokasi yang d...

[VIDEO] Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh

Image
[VIDEO] Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh Selanjutnya di: https://pakdin.my/160336 IPOH: Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin 8:10 malam (1/8/2022). Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Chester Voo, berkata kemalangan itu melibatkan pesawat sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, hari ini. “Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8:07 malam. Jenis pesawat yang terlibat adalah Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA berkenaan dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan. Katanya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan ...

[Video] Suami isteri maut dibunuh ahli keluarga

Image
[Video] Suami isteri maut dibunuh ahli keluarga Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159532   IPOH – Mayat sepasang suami isteri ditemukan di ruang tamu sebuah rumah dipercayai dibunuh di Taman Bercham Aman, Bercham di sini hari ini (7/7/2022). Pasangan berusia lingkungan 40-an itu disyaki dibunuh ahli keluarganya. Setakat pukul 11.45 pagi, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.