Posts

Showing posts with the label Pelajar

YPM salur RM1,000 kepada keluarga pelajar UPSI mangsa nahas di JRTB - Asyraf Wajdi

Image
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga mangsa. "Hari ini saya berkesempatan mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi mangsa kemalangan bas melibatkan pelajar-pelajar UPSI di JRTB dan menyampaikan bantuan. "Jadi harapnya sumbangan RM1,000 secara segera ini dapat mengurangkan bebanan keluarga-keluarga yang datang hari ini untuk menziarahi mangsa kemalangan yang cukup menyayat hati kita semua," katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini. Sebanyak 15 pelajar UPSI maut dalam kejadian membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah Perodua Alza pada kira-kira 1.10 pagi di JRTB, berdekatan Tasik Banding, Ge...

Tragedi bas pelajar UPSI: Perlunya pembinaan semula mekanisme keselamatan jalan raya

Image
Pengorbanan pelajar UPSI harus menjadi amaran untuk mempergiat reformasi keselamatan jalan raya nasional. Keselamatan jalan raya bukan sekadar isu teknikal, tetapi manifestasi sistem dan budaya. Sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabit dalam kemalangan berhampiran hentian rehat Titik Banjaran Titiwangsa, Gerik pada jam 1 pagi Isnin dalam perjalanan pulang dari Terengganu, mengakibatkan 15 kematian dan 33 kecederaan. Tragedi "menyayat hati" ini harus menjadi peringatan buat rakyat. Masyarakat perlu sentiasa berwaspada, jangan mengabaikan keselamatan demi mengejar masa. Nyawa manusia terlalu berharga untuk diganti. Ya, prinsip ini difahami semua, tetapi ramai yang mengabaikannya. Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah awal tahun ini mendedahkan: Malaysia merekodkan lebih 6,000 kematian jalan raya tahunan, menyamai kerugian kuantitatif negara sebanyak RM25 bilion. Betapa tingginya tekanan memandu di Malaysia? Kita sudah terbiasa dengan situas...

[VIDEO] Tragedi bas pelajar UPSI di Gerik: Polis sahkan video tular berkaitan kemalangan

Image
Pengesahan Polis Mengenai Video Tular Polis telah mengesahkan rakaman dashkam (durasi 34–40 saat) yang tular itu menunjukkan bas UPSI terlibat dalam kemalangan maut berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak. Video tersebut diserahkan oleh seorang saksi dan sedang dianalisis sebagai bukti. Butiran Penting dari Video: Kandungan: Bas dilihat memecut dan memotong kenderaan lain di bahagian gelap dan melengkung Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) sekitar jam 1:00 pagi pada 9 Jun 2025. Ia kemudian hilang kawalan, terbalik di atas pembahagi jalan, dan melanggar kenderaan Perodua Alza MPV. Sumber: Rakaman dashkam kenderaan di belakang bas. Pemandu menyerahkan rakaman tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik. Konteks Kemalangan: Punca: Siasatan awal menunjukkan pemandu bas memandu laju di jalan berliku dan kurang pencahayaan. Langgaran berlaku apabila bas melanggar Alza dari belakang, menyebabkan bas terbalik dan Alza terbabas ke dalam parit. Lencongan Laluan: Bas mengambil laluan luar bias...

[VIDEO] Tragedi bas pelajar UPSI di Gerik: 15 maut, puluhan cedera

Image
Lokasi dan Waktu Kejadian Lokasi: KM53, Lebuh Raya Timur-Barat (Jalan Gerik-Jeli), berhampiran Tasik Banding, Perak. Waktu: Kira-kira pukul 1:00 pagi pada 9 Jun 2025 (Isnin). Kronologi Kemalangan Kenderaan Terlibat: Bas sewaan membawa pelajar UPSI dan MPV Perodua Alza. Punca Kemalangan: Siasatan awal polis mendapati bas terlanggar bahagian belakang MPV Alza, menyebabkan bas terbalik dan Alza terbabas ke dalam parit. Situasi Mangsa: Beberapa pelajar tercampak keluar dari bas, ada yang cuba menyelamatkan diri. Korban dan Kecederaan Kematian: 15 orang maut (13 di lokasi, 2 di Hospital Gerik). Kesemua mangsa maut adalah pelajar UPSI. Jumlah Penumpang Bas: 42 pelajar UPSI (8 lelaki, 32 perempuan, usia 21–23 tahun) + pemandu dan pembantu bas. Kecederaan: Zon Merah (parah): 7 orang Zon Kuning (sederhana): 20 orang Zon Hijau (ringan): 6 orang Termasuk 4 penumpang Alza (sepasang suami isteri dan dua anak mereka) yang cedera ringan. Respons Darurat dan Rawatan Penyelamatan: Pasukan bomba ...

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Image
KANGAR – Seorang pelajar tingkatan tiga diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape dalam kejadian di sebuah sekolah, di sini pagi tadi. Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar itu didapati keluar kelas tanpa kebenaran sewaktu menjawab peperiksaan kertas Bahasa Inggeris bersama dua rakannya kira-kira pukul 9.30 pagi. Katanya, guru yang mengambil tugasan mengawas di kelas itu kemudian melihat pelajar terbabit dipapah dua rakan masuk ke kelas dalam keadaan tanpa sedar dengan mulut berbuih. “Guru bertugas telah melaporkan kejadian itu kepada pentadbir, seterusnya pihak sekolah turut menghubungi ambulans dan waris pelajar terlibat,” katanya. Siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai telah menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah berkenaan sebelum diserang sawan. Walau bagaimanapun, jelasnya, jenis vape yang digunakan itu masih belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan buat masa ini. “Pelajar...

Polis siasat dakwaan guru lelaki bercinta dengan pelajar 12 tahun

Image
Polis sedang menyiasat dakwaan seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Sepang yang dipercayai mempunyai hubungan dengan anak muridnya yang berusia 12 tahun. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan telah dibuat oleh bapa kandung mangsa pada 26 Februari lepas setelah menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan. “Perbualan antara mereka tidak mencerminkan hubungan biasa antara seorang guru dan anak murid, menyebabkan bapa mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Norhizam menegaskan, siasatan masih dijalankan dan menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau m...
Image
Pelajar bawah umur ditangkap khalwat dalam rumah sewa https://pakdin.my/174814/ KULIM – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan bersama pasangannya berusia 19 tahun kerana disyaki berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah di sebuah rumah sewa di Taman Tiong, di sini hari ini 5 Januari 2024. Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 11.10 pagi tadi, pasangan terbabit didapati berada di dalam sebuah bilik rumah tersebut. Turut ditahan dalam operasi sama adalah seorang wanita yang berada di ruang tamu dan dua lagi pasangan di dalam bilik berasingan. Mereka berusia antara 20 hingga 23 tahun. Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dengan dibantu ahli jawatan kuasa surau taman perumahan tersebut membuat pemeriksaan ke atas rumah sewa berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam. Katanya, pegawai penguat kuasa memberi salam sebelum seorang wanita membuka pintu dan membenarkan piha...

Dua warga Rohingya bergilir rogol pelajar sekolah dalam kereta

Image
Dua warga Rohingya bergilir rogol pelajar sekolah dalam kereta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168744/ MELAKA – Dua warga Rohingya diberkas polis selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan tiga secara bergilir-gilir di dalam sebuah kereta sebelum meninggalkan mangsa di taman permainan di Batu Berendam, di sini. Kedua-dua suspek berusia 14 dan 27 tahun itu masing-masing diberkas di Batu Berendam dan Pantai Peringgit dekat sini antara pukul 6 sehingga 6.30 pagi pada 15 September lalu Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tangkapan dibuat selepas abang mangsa tampil membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati mangsa baru sehari mengenali suspek yang berusia 14 tahun menerusi aplikasi WhatsApp. Katanya, mangsa telah berjumpa suspek pertama kira-kira pukul 4 petang dan keluar bersiar-siar bersamanya dengan menunggang sebuah motosikal di sekitar Pantai Klebang sebelum ke sebuah restoran untuk berjumpa suspek kedua. “Suspek kedua berusia 27 tahun dan bekerja sebag...

🎦 Pelajar lelaki bersenjata menembak mati tiga orang di universiti Rotterdam

Image
🎦 Pelajar lelaki bersenjata menembak mati tiga orang di universiti Rotterdam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168482 ROTTERDAM: Suspek berusia 32 tahun, seorang pelajar universiti, menembak mati seorang wanita berusia 39 tahun yang tinggal di kawasan kejiranannya, dan menembak anak perempuannya berusia 14 tahun. Wanita itu meninggal dunia kemudian di hospital, kata polis. Selepas membakar rumah wanita itu, lelaki bersenjata itu pergi ke hospital universiti Pusat Perubatan Rotterdam, di mana dia memasuki bilik darjah dan menembak mati seorang guru berusia 43 tahun. Lelaki itu telah ditangkap berhampiran hospital, di mana dia turut memulakan kebakaran. Motifnya tidak diketahui. "Kami telah dikejutkan dengan kejadian ngeri. Tembakan dilepaskan di dua tempat berbeza di bandar itu. Ramai orang menyaksikannya," kata Datuk Bandar Rotterdam, Ahmed Aboutaleb. "Emosi di bandar sangat tinggi. Takziah saya ucapkan kepada mangsa." Ketua pendakwa raya Rotterdam Hugo Hillena...

[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati

Image
[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati Sumber:  https://pakdin.my/158075   .. Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas guru atas tuduhan merogol 13 pelajar perempuan sebuah sekolah tahfiz di Bandung. Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Kes membabitkan Herry Wirawan, 36, menggemparkan Indonesia dan mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama. Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati. "Dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh dengan hukuman mati," menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung. Sementara itu, peguam Herry, Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas ala...

Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil

Image
Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil [Sumber: https://pakdin.my/?p=154815 ] Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya. Kes itu perhatian seluruh negara itu berikutan penderaan seksual di sekolah berasrama penuh agama. Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, mengandung. Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah dia merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu. Ia terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu. Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus ...