Posts

Showing posts with the label Tahanan

[VIDEO] Tahanan lari dari IPD Dang Wangi diberkas semula selepas 4 jam

Image
[VIDEO] Tahanan lari dari IPD Dang Wangi diberkas semula selepas 4 jam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166476 KUALA LUMPUR -Tindakan seorang tahanan lelaki melarikan diri dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi semalam berjaya diberkas semula dalam tempoh empat jam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tahanan berusia 45 tahun itu melarikan diri sekitar pukul 9.40 pagi semasa hendak dibawa menaiki lori polis. Katanya, ketika itu kenderaan tersebut dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bagi proses pertuduhan berkaitan kes Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. “Bagaimanapun, suspek terbabit diberkas sekitar pukul 1.50 tengah hari di Jinjang. “Bayangkan di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur ini adalah amat sukar untuk kita (polis) mengesan dan menangkap semula suspek ini namun berbekalkan kelebihan yang ada, suspek dapat ditahan dalam tempoh empat jam selepas dia melarikan diri,” katanya ketika dit

[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi

Image
[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi Seterusnya:  https://pakdin.my/158234 ... "Ketika itu terdapat enam mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan di lebuh raya itu." Nibong Tebal: "Sedih melihat mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan atas lebuh raya," kata seorang penduduk Kampung Sungai Kechil di sini, yang juga saksi kemalangan membabitkan tahanan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu itu. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Atan, 36, itu berkata, dia menyaksikan kejadian berkenaan ketika mahu menghantar anaknya ke sekolah pagi hari ini. "Sedih sangat melihat kejadian itu terutamanya kanak-kanak tidak berdosa," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, seorang daripada penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit. Dalam kejadian pada 4.30 pagi hari ini, seramai 528 daripada 663 tahanan di depot itu bertindak melarikan diri. Kemalangan itu dikatakan berlaku pad

[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya

Image
[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya Seterusnya di:  https://pakdin.my/158212 NIBONG TEBAL, 20 April (Bernama) -- Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi di sini pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, tahanan yang meninggal dunia terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. "Sebaik berlaku kemalangan sehingga menyebabkan enam warga asing tersebut maut, sekumpulan 229 warga asing yang melarikan diri ke lebuh raya itu mengambil keputusan untuk tidak melintas lebuh raya tersebut kerana bimbang turut terlibat dalam kemalangan. “M