Posts

Showing posts with the label Lebuh Raya

Deepavali: Tol percuma bermula esok

Image
Deepavali: Tol percuma bermula esok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170703 Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya bermula esok hingga Ahad ini, bersempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 12 November 2023. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor. "Inisiatif itu dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali. "Ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," kata Alexander menerusi kenyataan. Tambah Alexander, pengguna diharap memanfaatkan peluang tersebut, selain merancang perjalanan dengan sebaiknya. Pengguna lebuh r

[Video] ‘King’ redah palang tol RFID

Image
[Video] ‘King’ redah palang tol RFID Selanjutnya di: https://pakdin.my/158322   - Sehingga kini, transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih menjadi keluhan ramai pengguna disebabkan kaedah tersebut sering bermasalah. Semalam, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan berkenaan di sebuah lebuh raya. Video yang dikongsikan Adrian Tan di Facebook itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memahami situasi pemandu tersebut apabila sistem di laluan RFID gagal mengesan kenderaan yang lalu. Sementara itu, melihat pada rakaman tersebut, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali sambil menggerakkan keretanya ke arah depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan oleh sistem. Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalannya sehingga

[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi

Image
[Video] Mayat Pati bergelimpangan atas lebuh raya - Saksi Seterusnya:  https://pakdin.my/158234 ... "Ketika itu terdapat enam mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan di lebuh raya itu." Nibong Tebal: "Sedih melihat mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan atas lebuh raya," kata seorang penduduk Kampung Sungai Kechil di sini, yang juga saksi kemalangan membabitkan tahanan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu itu. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Atan, 36, itu berkata, dia menyaksikan kejadian berkenaan ketika mahu menghantar anaknya ke sekolah pagi hari ini. "Sedih sangat melihat kejadian itu terutamanya kanak-kanak tidak berdosa," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, seorang daripada penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit. Dalam kejadian pada 4.30 pagi hari ini, seramai 528 daripada 663 tahanan di depot itu bertindak melarikan diri. Kemalangan itu dikatakan berlaku pad

[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya

Image
[Video] Enam daripada 528 etnik Rohingya lari dari depot tahanan maut ketika melintas lebuh raya Seterusnya di:  https://pakdin.my/158212 NIBONG TEBAL, 20 April (Bernama) -- Enam daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi di sini pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, tahanan yang meninggal dunia terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. "Sebaik berlaku kemalangan sehingga menyebabkan enam warga asing tersebut maut, sekumpulan 229 warga asing yang melarikan diri ke lebuh raya itu mengambil keputusan untuk tidak melintas lebuh raya tersebut kerana bimbang turut terlibat dalam kemalangan. “M

[Video] Sondol lembu di Lebuh raya PLUS dekat Senawang

Image
[Video] Sondol lembu di Lebuh raya PLUS dekat Senawang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157386 - Kejadian seekor lembu melintas secara tiba-tiba dipercayai berlaku di Lebuh raya Utara Selatan dekat Senawang telah menyebabkan kemalangan. Pemandu dipercayai hanya mendapat kecederaan ringan, Yang bela lembu tapi, membiarkan lembu berkeliaran memang tidak bertanggungjawab. Menyusah dan membahayakan nyawa orang lain. Kuliah di masjid-masjid patut memberi tekanan mengenai rezeki yang diperolehi penternak yang tidak bertanggungjawab seperti ini.