Posts

Showing posts with the label Dos Penggalak

KKM bakal keluar arahan laksana dos penggalak ketiga Covid-19

Image
  BACA seterusnya: https://pakdin.my/174257 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan program imunisasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, usaha berkenaan akan dimaklumkan susulan peningkatan kes baharu dan berulang endemik itu dilapor sejak akhir-akhir ini. Katanya, KKM amat menggalakkan penduduk di negara ini agar segera mengambil imunisasi penggalak kerana kadar jangkitan ketika ini dianggap masih rendah. “Insya-Allah, KKM akan keluar satu arahan tertentu mengenai dos penggalak dan ini perlu terutama kepada kumpulan rentan ada risiko komorbiditi. “Pastinya kita belum dapat lagi arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan) tetapi langkah pencegahan sebegini amat baik,” jelasnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2023 kementerian di sini hari ini. Ditanya mengenai bekalan vaksin dos penggalak, beliau memberi j...

Kadar vaksinasi di Jawa meningkat menjelang Aidilfitri

Image
Kadar vaksinasi di Jawa meningkat menjelang Aidilfitri Seterusnya di:  https://pakdin.my/158218 .... JAKARTA: Hampir kesemua penduduk di kepulauan Jawa, Indonesia, kini mempunyai antibodi menentang COVID-19, hasil program vaksinasi dan juga kadar jangkitan tinggi sebelum ini. Berdasarkan kajian dilakukan pihak berkuasa kesihatan Indonesia pada Mac lalu membabitkan 2,100 calon, hampir 99.2 peratus daripadanya mempunyai antibodi COVID-19, iaitu peningkatan enam peratus berbanding kaji selidik pada Disember tahun lalu. Pakar epidemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono, yang melakukan kaji selidik itu bersama Kementerian Kesihatan, memberitahu Reuters bahawa tahap antibodi penduduk dalam kaji selidik kali ini lebih tinggi berikutan pemberian suntikan dos penggalak. Jumlah kes jangkitan coronavirus di Indonesia menurun mendadak sejak kemuncak direkodkan pada Februari lalu berikutan penularan varian Omicron. Kira-kira 60 peratus daripada 270 juta penduduk negara itu sudah menerima...

Dos penggalak Sinovac tersedia di semua PPV offsite mulai Isnin

Image
Dos penggalak Sinovac tersedia di semua PPV offsite mulai Isnin - [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154602 ] Dos penggalak vaksin jenis Sinovac akan tersedia di semua pusat pemberian vaksin (PPV) offsite mulai Isnin, kata ProtectHealth Corp Sdn Bhd (ProtectHealth). Syarikat itu berkata ia selaras dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 7 Feb bahawa semua penerima vaksin Covid-19 Sinovac kini boleh memilih dos vaksin ketiga pilihan mereka. “Mereka yang layak menerima dos penggalak dan mahu mendapatkan vaksin jenis Sinovac boleh menyemak senarai PPV offsite di laman web ProtectHealth,” tambahnya dalam kenyataan. ProtectHealth berkata dos penggalak Sinovac akan diberikan secara percuma di semua PPV offsite. Isnin lalu, Khairy mengumumkan sejumlah 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac masih belum mendapatkan suntikan penggalak, dengan berkata golongan itu terdedah kepada jangkitan varian Omicron. “Mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tid...