Posts

Showing posts with the label Bomba

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Kuala Kubu Bharu

Image
Lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Sungai Cherandong, Kuala Kubu Bharu sejak awal pagi semalam (15 September 2025), ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat Norizan Deris, 47, ditemukan pada 10.53 pagi 16 September 2025 dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok di dalam air. “Lokasi penemuan adalah berhampiran tapak perkhemahan Rimba Bayu, kira-kira 300 meter dari lokasi asal mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.36 pagi semalam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian pada 2.50 pagi. “Operasi SAR yang turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam, Pelabuhan Klang dan KLIA, dijalankan di sepanjang persisiran sungai dengan radius pencarian hin...

400 pengunjung berdepan cemas, 29 terperangkap kepala air di Kerling diselamatkan bomba

Image
KERLING: Tindakan pantas berkumpul di kawasan selamat membolehkan 29 mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kerling di sini, awal pagi tadi, diselamatkan anggota bomba tanpa sebarang kecederaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Wan Muhammad Aslam Md Asri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada individu dipercayai kakitangan tapak perkhemahan berkenaan jam 5.47 pagi tadi. "Ketika kejadian, semua mangsa terbabit tidur di dalam khemah sebelum menyedari berlaku kepala air di kawasan berkenaan. "Mereka kemudian menyelamatkan diri dengan pergi ke tempat berkumpul yang selamat sebelum dibawa keluar oleh pihak bomba. "Kesemua mangsa terdiri daripada individu dewasa dan kanak-kanak, namun tidak dapat dipastikan jumlah mengikut jantina serta umur mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini. Wan Muhammad Aslam berkata, tapak perkhemahan berkenaan mempunyai kawasan yang luar dan hany...

[VIDEO] Bencana tanah runtuh di Sabah ragut 12 nyawa

Image
Bencana tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak-kanak setakat ini, dengan 11 kematian dilaporkan hari ini dan satu kematian pada hari pertama kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahkan tujuh daripada mangsa termasuk empat kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam kira-kira 9 15 pagi tadi. Beliau berkata mangsa kanak-kanak terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara dua hingga sembilan tahun, manakala tiga lagi mangsa melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berumur 25 hingga 50 tahun. Di PAPAR, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz memaklumkan dua mangsa terdiri daripada wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut selepas tanah runtuh menghempap rumah mereka di Kampung Mook pagi tadi 15 September 2025. Dalam satu lagi kej...

22 termasuk 12 anggota polis terperangkap kepala air di Pertak berjaya diselamatkan

Image
KUALA KUBU BHARU: 22 individu termasuk 12 anggota polis yang terperangkap akibat fenomena kepala air ketika beriadah di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, berjaya diselamatkan pihak bomba, sebentar tadi 4 September 2025. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang. Katanya, operasi menyelamat membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu yang bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat. “Daripada jumlah keseluruhan, 12 mangsa adalah anggota polis, manakala selebihnya orang awam,” katanya ketika dihubungi malam ini. Beliau memaklumkan, semua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat pada jam 7.50 malam. Ahmad Mukhlis menegaskan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Image
 Setakat 10.35 pagi, kira-kira 25 mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi ini menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian. Tinjauan di kawasan kuil berkenaan mendapati beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat gigih berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa, yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan kesukaran bernafas. Difahamkan lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan. Beliau berkata beberapa rumah turut terbakar dalam kejadian itu. Berdasarkan laporan berita terkini pada Selasa, 1 April 2025 , sebuah kebakaran besar berlaku di saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya. Insiden ini dilaporkan bermu...

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong - Bomba

Image
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan. Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen yang turut berkongsi gambar kejadian menerusi Facebook beliau berkata anggota pasukan PANTAS Majlis Bandaraya Subang Jaya turut dalam perjalanan bagi membantu JBPM. Beliau turut mengingatkan semua penduduk khususnya di kawasan berhampiran supaya berwaspada, sambil mendoakan semua yang terkesan selamat serta tabah, dan beliau juga yakin anggota bomba berupaya menangani kebakaran besar berkenaan. Sementara itu menerusi siaran langsung seorang pengguna TikTok menggunakan akaun Perodua PuchongJayaJeffry, setakat 9.37 pagi ini api masih marak, walaupun kebakaran sudah berlarutan lebih ...

1 hilang, 3 selamat dalam musibah kepala air

Image
JASIN: Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di air terjun dekat Laman Tiga Budaya, Asahan, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada hilang dipercayai dihanyutkan kepala air, hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.54 petang. Katanya, dua jentera bersama 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan Melaka Tengah bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). Menurutnya, SAR turut dibantu tujuh anggota BBP Tangkak termasuk dua anggota Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS). "Setibanya pasukan di lokasi, maklumat diterima mendapati seorang mangsa hilang dan dikhuatiri lemas, manakala tiga lelaki berusia 24 hingga 27 tahun selamat. "Seorang daripada mangsa mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan," katanya. Operasi SAR dijalankan pasukan bomba.

[VIDEO] Lapan rumah di Sekinchan musnah dipukul ribut

Image
SEKINCHAN: Lapan buah rumah musnah dalam kejadian ribut di Jalan Ban Lesen Parit 4, di Sekinchan, Sabak Bernam kira-kira pukul 7 pagi 6 Mac 2025. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar bagaimanapun berkata kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.48 pagi sebelum menggerakkan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan ke lokasi. “Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlakunya kejadian ribut kepala angin. Setelah membuat size up, didapati lapan rumah musnah. “Susulan itu, kami telah mengarahkan penduduk yang rumahnya musnah untuk berkumpul di tempat selamat sehingga keadaan reda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Punca Kejadian Ribut di Malaysia Ribut di Malaysia (seperti ribut petir, hujan lebat, atau angin kencang) biasanya disebabkan oleh gabungan faktor cuaca, geografi, dan p...

Bas bawa 24 penumpang jatuh gaung

Image
TANJUNG MALIM – Seramai 24 penumpang berdepan detik cemas apabila sebuah bas yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 392, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini pada pukul 4.27 petang tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila bas yang membawa pekerja asing itu telah berlanggar dengan sebuah lori penyelenggaraan jalan sebelum terbabas ke dalam gaung. Bagaimanapun, katanya, kesemua 24 penumpang bas itu selamat, namun pemandu dan seorang daripada dua kelindan bas mengalami kecederaan. “Kemalangan itu juga menyebabkan seorang pekerja yang berada di atas lori penyelanggaraan jalan itu cedera. “Dua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital terdekat oleh orang awam, sementara seorang lagi mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.  -----...

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau

Image
 SIBU  -- Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi  08/02/2025 . Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa Lila Jali, 69, dijumpai pada 8.15 pagi. "Ketua Balai telah dihubungi pihak tentera yang membantu usaha mencari dan menyelamat bahawa mangsa ditemukan lemas oleh orang awam dan anak mangsa di tepi Sungai Sangan," katanya dalam kenyataan hari ini. Sebelum kejadian, mangsa dari Rumah Antau, Sungai Empang Baru, Tatau bersama isterinya menghantar anak lelaki mereka yang merupakan anggota tentera ke pekan Sangan menaiki bot pada 5.15 petang. Setelah selesai menghantar anak mereka yang hampir tamat bercuti, pasangan itu bertolak pulang ke rumah panjang mereka pada 5.22 petang.  Bagaimanapun, tidak lama selepas itu anak mereka menerima panggilan daripada ketua rumah panjang mereka Tuai Rumah Antau Sait mengatakan perahu...

Helikopter terbakar di Bentong: TNB arah pemberhentian kerja guna helikopter kedua

Image
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong. TNB menerusi hantaran di akaun Facebook TNB Careline hari ini mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek TNB di kawasan Bentong, Pahang. “TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. “Laporan awal menyatakan bahawa juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala seorang pekerja syarikat helikopter (warga Indonesia) meninggal dunia,” menurut hantaran itu. Terdahulu Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang mengesahkan seorang jurutera warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak. Bagaimanapun dalam kejadian berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Ben...

[VIDEO] Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut

Image
BENTONG - Seorang jurutera yang juga warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini 6 Februari 2025. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami kecederaan. Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut manakala helikopter itu terbakar serta musnah 100 peratus. Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong. Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang memaklumkan sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian bersama satu unit Fire Rescue Tander (FRT) dan tiba di lokasi pada 10.52 pagi. “Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, helikopter itu telah melakukan pendaratan di lokasi ...

Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas

Image
Selepas lebih lapan jam, lelaki yang hilang apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit di Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang awal pagi tadi, ditemukan meninggal dunia oleh anggota bomba kira-kira 3 petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan. Beliau berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit pada 5.56 pagi. “Kereta itu dapat ditarik keluar dari parit sedalam 3.6 meter pada 8.55 pagi, namun mangsa tidak ditemukan walaupun saksi menyatakan terdapat seorang lelaki dalam kenderaan itu.  "Pencarian oleh unit PPDA akhirnya menemukan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS

Image
Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS BACA di: https://pakdin.my/174111/ BAGAN SERAI: Seorang rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, hari ini 9/12/2023. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8.24 pagi. Menurutnya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang tiba di lokasi kira-kira jam 8.42 pagi mendapati sebuah van terbakar keseluruhan selepas berlaku kemalangan jalan raya. “Terdapat tiga orang mangsa, seorang rentung manakala dua lagi cedera dan telah dihantar ke Hospital Taiping oleh ambulan KKM,” katanya dalam kenyataan di sini. Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini maklumat mangsa tidak dapat dipastikan. Menurutnya, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny...
Image
🎦 Runtuhan gudang: 4 mangsa disyaki sudah tertimbus dalam simen BACA seterusnya di https://pakdin.my/173869 GEORGE TOWN – Empat buruh binaan warga Bangladesh yang belum ditemui sehingga 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, sejak malam tadi dipercayai sudah tertimbus dalam lantai simen. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB), Zulfahmi Sutaji berkata, ini kerana faktor cuaca yang panas menyebabkan serpihan lantai simen berkenaan yang runtuh telah mengeras. ”Mangsa mungkin dalam konkrit yang telah mengeras kerana 12 jam telah berlalu, namun konkrit ini bukan dalam keadaan yang mampat. Semua konkrit yang dibancuh kira-kira pukul 9 malam semalam telah jatuh ke bawah pada ketinggian 18 meter. ”Mangsa-mangsa dipercayai berada di dalam kawasan seluas padang bola keranjang dan apabila keadaan tapak runtuhan telah selamat kita akan mulakan oper...

‘Blake sudah tiada’

Image
‘Blake sudah tiada’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168033 Anjing pengesan, Blake yang juga hero tragedi tanah runtuh Batang Kali terpaksa ditidurkan (euthanized) pada 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidap barah lymphoma. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Blake didiagnosis menghidap barah lymphoma tahap empat pada 15 Ogos lalu. Blake telah dimasukkan ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan. “Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak veterinar malah barah lymphoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar”  “Hasil perbincangan bersama pakar, JBPM bersetuju untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak, tiada harapan...

[VIDEO] Helikopter terhempas di apartmen ragut 2 nyawa

Image
Helikopter terhempas di apartmen ragut 2 nyawa BACA seterusnya di: pakdin.my/167079   FLORIDA: Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Broward di Florida, Amerika Syarikat terhempas di sebuah bangunan apartmen lalu meragut dua nyawa. Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya empat lagi individu turut cedera dalam nahas berkenaan. Rakaman detik kejadian yang disiarkan media tempatan memaparkan helikopter itu hilang kawalan dan berpusing sebelum terhempas di apartmen Pompano Beach. Seorang anggota bomba dan seorang wanita dipercayai orang awam yang berada di aras bawah apartmen terbabit dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban. Nahas turut mengakibatkan beberapa bahagian apartmen berkenaan rosak teruk. Sehubungan itu, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan melakukan siasatan bersama bagi mengenal pasti punca nahas. — REUTERS View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@...

[VIDEO] Bahan kimia bocor, pasukan keselamatan pantau lokasi terdedah pencemaran

Image
[VIDEO] Bahan kimia bocor, pasukan keselamatan pantau lokasi terdedah pencemaran  BACA seterusnya di: pakdin.my/167003 - PASIR GUDANG  - Kebocoran bahan kimia sebuah kilang di Pasir Gudang petang semalam menyebabkan beberapa lokasi berhampiran terdedah kepada pencemaran. Insiden kini dipantau pasukan HAZMAT Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dibantu anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dan Melaka selain PDRM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad memaklumkan, berlaku pencemaran bau disebabkan kebocoran pada injap saluran bahan kimia kilang tersebut. Pasukan HAZMAT ditugaskan menutup semula injap berkenaan dan melaksanakan kerja penyejukan tangki bahan kimia tersebut. Setakat tengah hari tadi, bacaan kualiti udara yang direkodkan JAS adalah normal. Jabatan Kesihatan juga tidak menerima sebarang kes berkaitan kejadian itu namun mengingatkan penduduk agar...

Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing

Image
Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166496 HULU SELANGOR – Seorang pelajar berdepan detik cemas apabila motosikal ditunggangnya terjatuh dalam tebing sedalam kira-kira 1.5 meter dalam satu kejadian di Felda Sungai Tengi Selatan, di sini petang tadi. Bagaimanapun, remaja berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami luka di kaki dan bahu akibat kejadian tersebut. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.03 petang sebelum menggerakkan seramai lima orang anggota dan jentera ke lokasi kejadian. Ujarnya, lokasi kerjadian terletak kira-kira 33 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa. “Setibanya di lokasi kejadian, mangsa, Mohd. Syazwan Sarifudin, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC terbabas dan terjatuh ke bawah tebing sedalam lima kaki. “Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dan mengalami luka di kaki serta bahu,” katanya dalam ...

[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur

Image
[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166417 MIRI: 27 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas blok tengah rumah panjang Long Wat di Apoh Baram musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Maklumat awal yang diperoleh dari Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 1.33 pagi 9 Julai 2023. Pihak Bomba kemudiannya bertindak menghubungi pelapor bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kebakaran yang berlaku. "Bagaimanapun pasukan bomba hanya dapat ke lokasi kejadan pada awal pagi kerana perkhidmatan feri beroperasi bermula jam 6 pagi," ujarnya. Dalam pada itu, Balai Polis Long Lama menghubungi Bilik Kawalan BBP Marudi pada jam 5.19 pagi tadi dan memaklumkan hanya blok tengah rumah panjang sahaja yang terbakar dan berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang pada jam 2.30 pagi. Dimaklumkan hanya 27 pintu terbakar (blok te...