Posts

Showing posts with the label AMLA

Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang

Image
Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang BACA seterusnya: https://pakdin.my/166358 Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak 2012. Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Otman, 64, di akhir kes pembelaan. Pada 31 Mac 2016, Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015. Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala 15 lagi pertuduhan salah guna

Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara

Image
Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165783 Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri'  dan ahli keluarga mereka telah dibekukan, susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembekuan itu melibatkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu. Menurut kenyataan SPRM itu, suruhanjaya tersebut turut merakamkan kenyataan dua individu bergelar Tan Sri itu, selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan pada Rabu lepas (7 Jun 2023). VIDEO berkaitan: “Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2

SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara

Image
SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165059 Seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion. Menurut sumber, siasatan itu dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Sumber berkenaan berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir. “Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh be

SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro

Image
SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro - pakdin.my/155308 - Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumber SPRM memaklumkan perintah pembekuan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001). "Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK). "Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London," kata sumber SPRM. Terdahulu, media melaporkan SPRM mengambil keter

Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara

Image
Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara [Sumber: https://pakdin.my/?p=154132 ] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara. Memetik laporan portal tersebut, dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low. Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu. Sumber memberitahu FMT, kertas siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan ll Nor Mohamad Yakcop mengenai isu sama, juga akan di hantar ke pejabat Peguam Negara. “(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu. Menurut sum