Posts

Showing posts with the label Bantuan

[VIDEO] Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee

Image
[VIDEO] Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163827 Sebanyak 176 rumah di Kampung Melayu Majidee di sini yang terjejas akibat ribut semalam, akan menerima sumbangan bantuan daripada kerajaan negeri berdasarkan jumlah kerugian yang dihadapi penduduk terlibat. Pegawai Daerah Johor Bahru Muzaldin Mohamed berkata sumbangan bantuan itu akan disalurkan kepada mangsa selewat-lewatnya Isnin ini, selepas penilaian kerosakan selesai dilakukan oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). "Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta kerja-kerja pembaikan disegerakan, untuk itu, satu sesi 'Townhall' akan diadakan untuk menerangkan kepada kesemua mangsa. "Penilaian terhadap kediaman yang rosak akan diselesaikan hari ini sekali gus melihat apa keperluan setiap kediaman kerana kerosakan yang dialami mungkin berbeza," katanya kepada pemberita selepas lawata

Banjir: MKT zahir penghargaan kepada Penyelaras Bantuan Bencana BN serta semua Ahli UMNO terlibat

Image
  Banjir: MKT zahir penghargaan kepada Penyelaras Bantuan Bencana BN serta semua Ahli UMNO terlibat [LINK:  https://pakdin.my/?p=153423 ] Banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 dan Januari 2022 merupakan sesuatu yang diluar jangkaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada malam tadi menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir. “Antaranya ialah kakitangan Ibu Pejabat UMNO, Biro Kebajikan UMNO, Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Bencana Banjir Barisan Nasional, Skuad Sayang, Skuad Sabil, Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri, UMNO Bahagian dan Cawangan terutamanya di kawasan-kawasan yang terlibat banjir,” katanya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, pelbagai bantuan banjir yang diberi oleh kerajaan adalah dialu-alukan. Walaubagaimanapun, mesyuarat terbabit mengambil ingatan tentang pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutama di Negeri S