Posts

Showing posts with the label Harumaini Omar

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor

Image
[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong - Speaker DUN Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490 Kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali hari ini diisytiharkan kosong berkuatkuasa 28 Jan, ekoran penyandangnya Harumaini Omar (Pejuang) tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata pengisytiharan itu, dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. “Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat (YB) Harumaini Omar didapati tidak hadir tanpa kebenaran tuan speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 Nov 2022, 1 hingga 2 Dis 2022 dan 5 hingga 6 Dis 2022,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Tambahnya tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan bahawa, Harumaini telah memohon kebenaran daripada speaker untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan untuk tempoh berkenaan. “Berdasarkan reko