Posts

Showing posts with the label Batu Caves

‘Kantoi’ di rumah wanita lain, lelaki parah terjatuh tingkat tiga

Image
‘Kantoi’ di rumah wanita lain, lelaki parah terjatuh tingkat tiga GOMBAK – Gara-gara didatangi teman wanita sewaktu berada di rumah kenalan wanita, seorang lelaki terjatuh ketika cuba melarikan diri dari tingkat tiga di lorong belakang deretan rumah kedai, Jalan SBC 3, Batu Caves, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada orang awam menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tertiarap sekitar pukul 6.30 petang. Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berusia 30an yang dalam perjalanan berjumpa kenalan wanitanya di tingkat tiga banggunan rumah kedai tersebut. “Semasa mangsa berada di dalam rumah tersebut, teman wanita mangsa turut ke rumah tersebut untuk mencari mangsa. Mangsa yang cuba melarikan diri melalui tingkap belakang rumah telah terjatuh dan kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam kenyataan hari in