Posts

Showing posts with the label 600 bilion

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: 'Muhyiddin, jangan cabar saya' - PM Anwar

Image
[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: 'Muhyiddin, jangan cabar saya' - PM Anwar BACA selanjutnya di: https://wp.me/pbqKaR-8WQ Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana itu. "Jadi saya nak berikan peringatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jangan cabar kerana memang ternyata ada proses dan prosedur yang tidak dipatuhi selain ada beberapa syarikat berkepentingan atau berkait dengan keluarga yang terlibat," katanya pada sidang media pertama selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Kewangan, di sini, pada Selasa. Terdahulu, Muhyiddin menyatakan tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika beliau menerajui kerajaan. Muhyiddin memberitah