Posts

Showing posts with the label Gohtong Jaya

[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput

Image
[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161259 HULU SELANGOR – Penemuan gulungan beg tidur di tebing Sektor A (Hillview) membawa penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, salah seorang pegawai kanan bomba ketika itu mendapati terdapat pergerakan cecair keluar dari tebing bukit itu. Katanya, penemuan tersebut membuatkan pegawai itu merasakan sesuatu yang ganjil sebelum menggerakkan sepasukan anggota SAR untuk menggali di sekitar tebing itu. “Hasil tindakan itu, pegawai tersebut menemui segulung beg tidur mempunyai satu mayat kanak-kanak di dalamnya yang berada empat meter dari lereng Sektor A dan kedalaman 1.5 meter. “Secara keseluruhannya, Mayat ditemui di Sektor A seramai 20 orang diikuti Sektor B (Farmview) 1 mangsa Manakala Sektor C

[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi

Image
[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi  BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161163 Mangsa yang terkorban ada yang telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala sebahagiannya lagi masih berada di lokasi tragedi  ........... Tanah runtuh Batang Kali: Lapan maut, 60 ditemukan selamat setakat ini Lapan maut manakala 60 orang lagi ditemukan selamat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi. Menurut Jurucakap Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Selangor, daripada jumlah itu, seorang daripadanya sudah dikenal pasti sebagai wanita dewasa manakala dua lagi adalah kanak-kanak. "Bagaimanapun, identiti mereka yang terkorban masih belum dikenal pasti. Tujuh daripada mereka mengalami kecederaan. Ini menjadikan, 68 orang mangsa terlibat telah ditemukan setakat ini," katanya dalam kenyataan terkini agensi