Posts

Showing posts with the label Wan Saiful

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta

Image
Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta BACA seterusnya disini: https://pakdin.my/168963 Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan rasuah berhubung projek Jana Wibawa, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, tahun lepas. Wan Saiful, 48, yang bersut hitam, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin. "Tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan," kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam keadaan tenang.

#PRNJohor: Ugut PM, Bawa Faedah Kepada PPBM Atau Rakyat? – Ahmad Maslan

Image
#PRNJohor: Ugut PM, Bawa Faedah Kepada PPBM Atau Rakyat? – Ahmad Maslan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154279] TEBRAU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyelar kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dilakukan secara bersyarat. Katanya, ini kerana langkah tersebut tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat melainkan ianya bersifat ugutan yang dilihat hanya mempertahankan parti mereka sahaja. “Rakyat tak tahu apa syarat yang mereka sebut ini, saya juga tidak tahu… jadi saya ingin bertanya kepada Wan Saiful apa dia sokongan bersyarat itu? “Tolong nyatakan apakah ia ancaman atau ugutan kepada Perdana Menteri dan juga kerajaan yang ada sekarang ini. “Mereka ini mungkin ada kepentingan untuk menjadi menteri-menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia, bukan begitu? Mereka ada kepentingan untuk meneruskan jawatan-jawatan mereka, begitu juga Pas d

#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah

Image
#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah [Sumber: https://pakdin.my/?p=154251 ] Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta untuk berhenti menyemai benih kebencian dan menjadi ejen pemecah belah antara parti beliau dan UMNO. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Wan Saiful disarankan untuk menumpukan tenaga ke arah menjual tawaran parti PPBM sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful bahawa kumpulan yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ialah PPBM, bukannya UMNO. “Ini bukan kenyataan pertama beliau menyerang UMNO, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, Bersatu sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri, kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat. “Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) ber