Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam
Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam [Sumber: https://pakdin.my/?p=154114 ] TEKNIK memanggang ayam di dalam tempayan atau pasu memang tidak asing lagi dan bukan suatu yang luar biasa. Namun, bagi membikin kelainan, dua sahabat, Hisham Abdul Hamid dan Muhammad Khairun Nur Rashid telah mengolah teknik pembakaran dengan menggunakan arang kayu bakau yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha. Kata Hisham, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa arang jenis itu membangkitkan lebih aroma yang tersendiri dan membuatkan sajian ayam tempayan sentuhannya bukan biasa-biasa. Tidak bergantung kepada itu sahaja, pengasas Ayam Tempayan Serkam yang terletak di Serkam, Melaka turut mengambil berat soal pemilihan tempayan. "Saya telah mengubah suai saiz (tempayan) yang berukuran 0.6 meter (m) lebar dan 0.75m tinggi bagi memastikan 13 ekor ayam dapat dipanggang serentak dan sempurna. Prinsip saya, ayam mesti garing di luar dan lembut di dalam. "Tempoh untuk ...