Posts

Showing posts with the label Kuala Terengganu

[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari

Image
[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166691 KUALA TERENGGANU -- Seorang pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa. Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an bermula hari ini hingga Sabtu. Perintah reman itu dibenarkan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga bendahari bagi kesatuan di PBT itu disyaki meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan kakitangan PBT untuk kegunaan peribadi. Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang mencecah hampir RM200,000.  Sumber memaklumkan, lelaki berkenaan ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu, sema

Empat individu ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu PENJANA 2.0

Image
Empat individu ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu PENJANA 2.0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164531 KUALA TERENGGANU  -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu keana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mempunyai butir palsu  kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Dokumen tuntutan itu melibatkan jumlah kira-kira RM250,000, dikemukakan kepada PERKESO di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0). Menurut sumber (SPRM), keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 29 hingga 63 tahun itu dari dua syarikat berbeza, ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Kompleks SPRM Terengganu, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan. Sumber berkata dua suspek berjawatan pengurus dan seorang lagi merupakan pengerusi eksekutif syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran, manakala seorang lagi suspek adalah pemilik syarikat komputer. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/9T9_q6VAnXw "Syarikat yang menjal

Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu

Image
Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu SUMBER:  https://pakdin.my/158151 .. KUALA TERENGGANU - Dua individu dipercayai pelancong asing didapati menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusat bandar Kuala Terengganu di sini. Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam di sini sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu. Kebanyakan warganet mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang. Katanya, bahagian Jawatankuasa Dak