Posts

Showing posts with the label KKM

KKM bakal keluar arahan laksana dos penggalak ketiga Covid-19

Image
  BACA seterusnya: https://pakdin.my/174257 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan program imunisasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, usaha berkenaan akan dimaklumkan susulan peningkatan kes baharu dan berulang endemik itu dilapor sejak akhir-akhir ini. Katanya, KKM amat menggalakkan penduduk di negara ini agar segera mengambil imunisasi penggalak kerana kadar jangkitan ketika ini dianggap masih rendah. “Insya-Allah, KKM akan keluar satu arahan tertentu mengenai dos penggalak dan ini perlu terutama kepada kumpulan rentan ada risiko komorbiditi. “Pastinya kita belum dapat lagi arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan) tetapi langkah pencegahan sebegini amat baik,” jelasnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2023 kementerian di sini hari ini. Ditanya mengenai bekalan vaksin dos penggalak, beliau memberi jamin

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia naik hampir sekali ganda

Image
Jumlah kes Covid-19 di Malaysia naik hampir sekali ganda Jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,796 kes pada minggu 26 November hingga 2 Disember, naik daripada 3,626 kes pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke kemudahan kesihatan, termasuk pesakit disyaki menghidap Covid-19, adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk, dengan satu bagi setiap 100,000 penduduk hanya bergejala ringan. Kadar penggunaan katil di Unit Jagaan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala kadar penggunaan katil bagi kes tidak kritikal adalah 1.1 peratus, tambahnya, lapor The Straits Times (ST). Dr Muhammad Radzi menambah bahawa 72.9 peratus daripada Varian Membimbangkan (VOC) yang dikesan merupakan varian Omicron, diikuti 26.2 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha. “Sejauh ini, tiada varian baru dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang tersebar secara tempatan

Jangan bimbang, ‘white lung’ bukan wabak baharu

Image
 Jangan bimbang, ‘white lung’ bukan wabak baharu BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767396 Peningkatan kes penyakit pernafasan dan pengesanan radang-radang paru-paru misteri dikenali `white lung syndrome' atau sindrom tompokan putih paru-paru khususnya di utara China, tidak perlu dibimbangkan secara keterlaluan kerana ia tidak menunjukkan potensi wabak baharu. Pakar Epidemiologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata sindrom berkenaan yang dikesan hasil imbasan X-ray pada paru-paru itu juga, terlalu umum dan tidak merujuk secara khusus kepada mana-mana penyakit. Katanya, setakat ini kebanyakan penulisan atau jurnal perubatan tidak melaporkan potensi wabak baharu sekali gus hanya menunjukkan gejala penyakit sedia ada. "Justeru, kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa ini memadai untuk berdepan pelbagai kemungkinan. "Penularan penyakit juga belum terjadi, jadi kita tidak perlu risau keterlaluan. Dari segi epidemiologi,

PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus

Image
PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus Sumber:  https://pakdin.my/157580 = Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pengambilalihan aplikasi MySejahtera oleh syarikat baharu daripada KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membangunkannya. PAC juga menyuarakan kebimbangan sama ada KPISoft telah menjual haknya ke atas aplikasi itu kepada MySJ Sdn Bhd untuk mendapatkan wang dan mengapa kontrak itu diberikan kepada MySJ melalui rundingan terus, memintas protokol perolehan. “Soalan saya ialah sama ada KPISoft telah menjual semua kepentingannya dalam aplikasi MySejahtera kepada entiti baharu itu,” kata Pengerusi PAC, Wong Kah Woh. Beliau berkata, pelantikan secara rundingan terus dengan syarikat baharu itu tidak sepatutnya berlaku. “Jika Kementerian Kesihatan (KKM) mahu menawarkan kontrak kepada entiti baharu, maka kementerian itu perlu mematuhi semua prosedur perolehan, bukannya secara rundingan terus.” Jika kerajaan mahu membayar unt

Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP? kata Najib

Image
Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP? kata Najib Selanjutnya:  https://pakdin.my/157406 - Jangan datang ke Parlimen jika anda antara individu yang yang memeluk tokoh DAP, Lim Kit Siang pada kongres parti itu Ahad lalu – itu mesej bekas Perdana Menteri Najib Razak susulan berita bahawa mentor parti itu disahkan positif Covid-19 hari ini. Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib turut mendoakan supaya Lim segera sembuh. Najib berkata, beliau menyedari bahawa ramai orang telah memeluk veteran DAP itu pada kongres tahunan parti itu pada Ahad (di mana Lim telah mengumumkan persaraannya daripada politik). “Saya doakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. “Tapi saya perhatikan Kit Siang banyak berpeluk dengan geng-geng DAP semalam. Hantaran Najib itu susulan laporan berita mengenai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut disahkan positif Covid-19 selepas beliau menghadiri kongres parti itu. Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata

KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi

Image
KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157373 - Satu protokol pengundian yang selamat membabitkan pemilih positif Covid-19 menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya sedang dibincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penularan Covid-19 akan kekal, justeru hak pengundi tidak sepatutnya dinafikan. “Tetapi saya katakan kepada pegawai saya, Covid-19 akan kekal. Kalau kita nafikan hak mereka untuk mengundi, bermakna kita terus menafikan hak untuk berperlembagaan. “Jadi, kita sedang memikirkan apakah cara paling selamat untuk mereka mengundi,” katanya, menurut laporan Berita Harian. Khairy berkata, apa yang berlaku membabitkan seorang pengundi di pilihan raya negeri (PRN) Johor terdahulu mungkin boleh difahami berikutan belum ada protokol selamat disiapkan ketika itu.

#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR

Image
#PRNJohor: Ceramah, kempen fizikal, ziarah ke rumah dibenarkan SPR [ https://pakdin.my/?p=155026 ] Bagi kempen ziarah ke rumah, hanya lima orang dibenarkan menyertainya dan tidak dibenarkan memasuki atau berjumpa pemilik rumah. Penganjuran ceramah, ziarah ke rumah dan aktiviti ‘walkabout’ antara yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, bulan depan. Bagaimanapun, penganjuran ceramah hanya dibenarkan di pejabat dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan tidak melebihi 100 orang, termasuk penganjur, penceramah, urusetia dan peserta. SOP dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pihak penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis dan tempoh setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam sahaja dan tidak melebihi jam 10 malam. “Ceramah premis yang terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan,” katanya dalam senarai SOP yang dikeluarkan, hari ini. “Calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang deng

COVAXIN diluluskan untuk kegunaan semasa bencana - KP Kesihatan

Image
COVAXIN diluluskan untuk kegunaan semasa bencana - KP Kesihatan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154555 ]  Vaksin COVID-19 COVAXIN diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kenyataannya, beliau berkata kelulusan bersyarat itu dipersetujui melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-369, yang telah bersidang hari ini. “Kelulusan itu masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau, serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.  “Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya.  Beliau berkata, COVAXIN yang didaftar di bawah Averroes Pharmaceuticals Sdn Bhd dan dikilangkan oleh Bharat Biotech International Limited, India itu digunakan untuk imunisasi aktif bagi mencegah COVID-19 yang disebabkan oleh v