Posts

Showing posts with the label Jemaah Majid

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Image
Kematian itu menunjukkan virus Covid-19 sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa ramai orang dalam masa yang singkat........ https://pakdin.my Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19. Beliau memberitahu Berita Harian, kematian melibatkan jemaah masjid itu dipercayai berlaku sejak dua minggu lalu selepas virus itu merebak dalam kalangan mereka pada Mei. “Ya hingga hari ini sudah 15 orang meninggal dunia. Maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. “Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei hingga 31 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi. Beliau mengulas mesej tular mendakwa 14 jemaah masjid Taman Mahsuri, Jitra meninggal dunia dalam masa dua minggu selepas positif Covid-19. Turut tular video berdura