Posts

Showing posts with the label Muay Thai

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Image
[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160476/ Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di Kelantan, meninggal dunia akibat pendarahan otak semalam (Sabtu, 13 Ogos 2022). Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat. "Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi semalam (Sabtu), namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.