Posts

Showing posts with the label MU5735

[Video] #MU5735 : Pesawat Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas di wilayah Guangxi, China

Image
[Video] #MU5735 : Pesawat Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas di wilayah Guangxi, China Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157391 - BEIJING: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 132 orang dilaporkan terhempas di barat daya China dengan jumlah kematian tidak diketahui. Pesawat Boeing 737-800 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou di wilayah Guangxi. Sehubungan itu, pasukan kecemasan sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat. Stesen penyiaran CCTV menyatakan, pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan di daerah Teng di Wuzhou. Media tempatan melaporkan, pesawat MU5735 itu tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou sejurus berlepas dari bandar Kunming selepas pukul 1 petang waktu tempatan. Setakat ini, China Eastern belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut. – AFP