Posts

Showing posts with the label Kumpulan Pemisah

Renjer tentera sukarelawan cedera terkena bom di Pattani, Thailand

Image
Pada jam 12.50 tengah hari (13 Mei 2025), satu letupan berlaku di sekitar tiang elektrik di Jalan No. 42, kawasan Kampung Rao, Mukim 4, Taman Kra Wa, Daerah Mayo, Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Kejadian ini menyebabkan kenderaan pengangkut Unit Operasi Khas Rejimen Renjer ke-44 mengalami kerosakan, dengan dua anggota tentera cedera. Laporan menyatakan, seorang awam turut terkena serpihan bom secara tidak sengaja. Mangsa bernama Encik Furkon (21 tahun), penduduk Mukim 1, Taman Toh Lang, Daerah Yaring, Wilayah Pattani . Beliau mengalami luka di bahagian atas lutut kiri dan tulang patah di belakang tangan kanan. Mangsa telah dipindahkan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut. Ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Taman Toh Lang ke Palas dengan menunggang motosikal. Pengerusi Majlis Perbandaran Don telah membantu dan menghantarnya ke Hospital Panare sebelum dipindahkan ke Hospital Pattani. Terperinci: Masa/Lokasi:  12.50 tengah hari, 13 Mei 2023; Jalan No.42, Kampu...

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Image
 Pada 22 April 2024 sekitar pukul 06:30 pagi, satu insiden menggemparkan berlaku di Daerah Saba Yoi, Songkhla, apabila sekumpulan penjenayah tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kereta pikap Isuzu 4 pintu milik Sarjan Polis Wanat Chumapan, anggota Balai Polis Daerah Saba Yoi. Ketika kejadian, beliau sedang dalam perjalanan untuk menjemput 6 sami dan samanera (Sami muda) bagi tujuan pemberian sedekah di kawasan perbandaran Saba Yoi. Tembakkan balas oleh Sarjan Wanat menyebabkan kumpulan pemisah berundur. Seranngan tersebut mengakibatka samanera Phongkorn Chumapan (16 tahun), anak lelaki Sarjan Wanat, disahkan maut. Seorang samanera lain, Phoknith Morasilap (12 tahun) dari Tambon Ban Ko, Amphoe Prom Khiri, Nakhon Si Thammarat, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Saba Yoi. Lokasi kejadian berhampiran Jalan Suan On, Kampung Khlong Rian, kira-kira 500 meter dari Wat Kula. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat untuk menjejaki penjenayah. Sementara itu pada 23 April 2024,...
Image
Serangan ganas di selatan Thailand menyebabkan seorang maut, dua cedera BACA seterusnya: https://pakdin.my/165986 Insiden berasingan serangan ganas berlaku semalam di wilayah selatan Thailand iaitu Pattani dan Narathiwat, mengakibatkan seorang maut dan dua cedera. Kumpulan bersenjata menyasarkan pangkalan operasi polis di daerah Muang, wilayah Pattani, manakala sebuah trak pikap yang membawa penduduk kampung diserang hendap di wilayah Narathiwat. Serangan ke atas pangkalan polis di Pattani berlaku kira-kira jam 7 pagi di Ban Khlong Maning, apabila pemberontak melancarkan serangan tembakan menggunakan pelbagai senjata. Pegawai polis di pangkalan itu bertindak balas, menyebabkan berlakunya tembakan singkat sebelum penyerang berundur. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Akibat serangan itu, langkah keselamatan yang dipertingkatkan telah dilaksanakan di pusat pemeriksaan jalan raya, dengan peningkatan pengawasan terhadap kenderaan yang melaluinya, lapor Bangkok Post. Dalam...