Posts

Showing posts with the label Calon

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Image
PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669 Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, sudah 95 peratus selesai. Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata rundingan yang telah berlangsung sejak bulan lepas, berjalan lancar dan masih terdapat beberapa kerusi belum diputuskan kerana ada pertindihan kerusi. “Rundingan bagi pengagihan kerusi sudah pun 95 peratus selesai dan ada beberapa kerusi lagi yang terdapat pertindihan permintaan bagi kerusi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Interactive Edutainment Programme di Hospital Gleneagles di sini hari ini. Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PH-BN akan mengadakan mesyuarat ketiga pengagihan kerusi PRN di Kuala Lumpur, esok. VIDEO berkaitan: “Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Ma

Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis

Image
Akujanji calon palsu: Setpol Shamsul Anuar lapor polis BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161015 Setiausaha politik kepada Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah membuat laporan polis berhubung ‘akujanji palsu’ menyokong Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular ketika ini. Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi petang tadi. Semalam, Shamsul berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Zahid termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu. Tangkap layar memaparkan dokumen itu menggunakan kepala surat Umno dan tertera namanya. Setiausaha Shamsul, Azizan Md Zain, memberitahu pemberita majikannya tidak pernah menandatangani akujanji sedemikian. Beliau percaya dokumen itu ditularkan untuk memfitnah Shamsul, Zahid, dan Barisan Nasional menjelang PRU15.

#PRNJohor : 4 Calon disahkan positif COVID-19

Image
#PRNJohor : 4 Calon disahkan positif COVID-19 Selanjitnya di:  https://pakdin.my/155720 - Calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong, menjadi calon keempat, pada pilihan raya negeri (PRN) Johor yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR, hari ini. Yeo berkata, beliau diuji negatif menerusi ujian kendiri, semalam, namun rasa tidak sihat. Beliau bagaimanapun menjalani ujian RT-PCR dan membatalkan semua aktiviti kempen. Awal hari ini, calon Barisan Nasional bagi Penggaram, Ter Hwa Kwong, berkata beliau disahkan positif pagi tadi, sekali gus segala kempen fizikal turut dibatalkan. Sebelum ini, calon PKR Bukit Batu, Arthur Chiong, juga disahkan positif, selepas empat hari kempen, manakala Pejuang mengumumkan penukaran calonnya, Zaini Tahar di bagi kawasan Endau, pada saat akhir, selepas disahkan positif.  

#PRNJohor: 239 calon rebut 56 kerusi

Image
#PRNJohor: 239 calon rebut 56 kerusi  - baca seterusnya di: pakdin.my/155315 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 239 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas tempoh penamaan calon ditutup 10 pagi tadi. Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh berkata, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadi dua parti yang bertanding di semua 56 kerusi DUN. Sebanyak 10 parti dan 16 calon Bebas disahkan bertanding, membabitkan 202 calon lelaki dan 37 wanita.

#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni

Image
#PRNJohor: 30% calon BN muka baharu, kata Hasni -  https://pakdin.my/155117 - Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan sekurang-kurangnya 30% calon muka baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Mac ini. Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad berkata, pihaknya juga akan mengumumkan 56 calon bagi menghadapi pilihan raya itu Khamis ini. “Kita dah peringkat akhir muktamadkan calon untuk PRN Johor. Johor ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda bawah 40 tahun. Oleh itu, sekurang-kurang 30% calon kita nanti akan menampilkan golongan muka baharu. “Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat perkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti. “Senarai penuh calon akan diumumkan pada 24 haribulan nanti (Khamis ini),” katanya menurut laporan Berita Harian. Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, di Johor Bahru, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan