Posts

Showing posts with the label Taman Bernam

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

Image
[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159483   TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 36 tahun mengalami kecederaan, manakala penghuni rumah dilaporkan selamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada kira-kira jam 9.55 pagi. Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan terbabit berlaku dipercayai ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan dari kilang ke taman berkenaan untuk menghantar simen konkrit. "Selepas pemandu selesai menghantar simen dan hendak ke tempat lain, ketika menuruni bukit di kawasan perumahan itu, brek lori dipercayai mengalami kerosakan dan tidak berfungsi. "Akibat kejadian itu, lori terbabas dan melanggar dua rumah yang terletak berhampira

[Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat

Image
[Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat [Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155957 - TANJUNG MALIM: Hujan yang turun lebat tanpa henti sejak petang tadi hingga lewat petang menyebabkan kira-kira 10 rumah dilanda banjir kilat di Taman Bernam Perdana, dekat sini. Kejadian banjir kilat dipercayai berpunca daripada aliran air dari kawasan bukit menyebabkan longkang di kawasan perumahan tidak dapat menampung isi padu air lalu melimpah masuk ke dalam rumah penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Bernam Perdana, Mohd Izwan Shahril, 39, berkata sejak tahun 2020 sudah tujuh kali kawasan perumahan ini dilanda banjir kilat. Katanya, penduduk sebelum ini sudah memaklumkan kepada pihak pemaju mengenai masalah yang dihadapi penduduk dan tindakan sudah diambil, namun masih tidak dapat menyelesaikan kejadian banjir kilat. "Longkang sedia ada mesti diperbesarkan kerana longkang berkenaan tidak