Posts

Showing posts with the label Bawah Umur
Image
Pelajar bawah umur ditangkap khalwat dalam rumah sewa https://pakdin.my/174814/ KULIM – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan bersama pasangannya berusia 19 tahun kerana disyaki berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah di sebuah rumah sewa di Taman Tiong, di sini hari ini 5 Januari 2024. Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 11.10 pagi tadi, pasangan terbabit didapati berada di dalam sebuah bilik rumah tersebut. Turut ditahan dalam operasi sama adalah seorang wanita yang berada di ruang tamu dan dua lagi pasangan di dalam bilik berasingan. Mereka berusia antara 20 hingga 23 tahun. Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) dengan dibantu ahli jawatan kuasa surau taman perumahan tersebut membuat pemeriksaan ke atas rumah sewa berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam. Katanya, pegawai penguat kuasa memberi salam sebelum seorang wanita membuka pintu dan membenarkan piha...
Image
Bekas pegawai tentera ditahan kerana mengeksploitasi gadis bawah umur di bar karaoke BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166770 Seorang pesara pegawai tentera telah ditangkap oleh Bahagian Pencegah Jenayah (CSD) Thailand kerana menjalankan bar karaoke di mana dia didakwa mengeksploitasi gadis bawah umur. Bekas leftenan itu, yang hanya dikenali sebagai Ratwut berusia 59 tahun, telah ditahan awal hari ini di salah sebuah pusat hiburan milik beliau di wilayah selatan Chumphon. Ratwut, juga dikenali sebagai “Uncle Odd,” dituduh mengaut keuntungan daripada mengeksploitasi kanak-kanak, dengan dakwaan menyatakan dia memikat gadis bawah umur untuk berkelakuan tidak wajar untuk memenuhi kehendak pelanggannya. Pegawai CSD membuat tangkapan di bar karaoke di Ban Na, di mana Ratwut didakwa menggaji kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun untuk berhibur dan minum bersama pelanggan. Operasi haram itu berselindung di sebalik sebuah bar biasa, dengan harga antara 2,500 hingga 4,600 baht setiap ...

[VIDEO] Remaja perempuan dituduh bersubahat dengan perogol

Image
[VIDEO] Remaja perempuan dituduh bersubahat dengan perogol Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160193 KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan bersubahat membabitkan jenayah rogol masing-masing secara individu serta rogol berkumpulan, pada pertengahan bulan yang lalu. Tertuduh yang berusia 16 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibaca di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan. Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja itu didakwa bersubahat dengan Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20; Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21; dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sembilan bulan dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berumur 15 tahun 11 bulan dirogol yang mana kesalahan rogol itu dilakukan atas sebab persubahatan tertuduh. Perbuatan itu dilakukan di rumah beralamat tidak bernombor di Taman Dovenby, Sungai Siput, antara jam 1 hingga 2 pagi...

Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih

Image
Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih [Sumber: https://pakdin.my/?p=154750 ] KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik haiwan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan merogol bekas kekasih bawah umur pada tujuh tahun lalu. Tertuduh, Mohd Farit Mohd Noor, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah kosong di Bachok pada jam 2 petang September 2015. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pada prosiding itu, Ahmad Fariz menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan keluarganya. Tertuduh p...