Posts

Showing posts with the label Durian

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

Image
KUALA KANGSAR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88. Durian premium baharu Malaysia, yang dikenali sebagai MS88, sedang diperluas untuk menembusi pasaran global.  Durian ini, yang sebelum ini dikenali sebagai MDUR88, telah dijenamakan semula oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai MARDI Super 88 atau MS88.  Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan durian premium Malaysia ke peringkat antarabangsa. Menurut kajian yang dijalankan oleh MARDI, rasa MS88 setanding dengan durian 'Black Thorn'.  Penjenamaan semula ini diharapkan dapat menjadikan MS88 pilihan utama dalam kalangan penggemar durian bukan sahaja di China tetapi seluruh dunia, termasuk di pasaran Eropah dan Timur Tengah.  Pengkomersialan durian ini juga memberi peluang kepada para petani tempatan untuk menikmati manfaat ekonomi yang lebih besar melalui peningkatan...

[Video] ‘Kenduri durian’ itu video lama, sebelum PKP - timbalan speaker - mari kita semak

Image
Dari pemerhatian yang dilakukan oleh netizen terdapat persamaan program penyampaian mock cheque pada tarikh dan baju yang di pakai dengan video yang menjadi tular. Jelas pada mock cheque berkenaan bertarikh 27 June 2021 dan pakaian yang dipakai penerima, timbalan speaker dan salah seorang yang berbaju batik adalah sama seperti didalam video. Sebilangan besar yang terlibat didalam video berkenaan memakai pelitup muka yang diletak bawah dagudan pada wanita bertudung jelas terlihat tali mask dibelakang tudung. Berita dari Mkini mengeni penafian yang dibuat oleh Timbalan Speaker yang mengatakan video berkenaan adalah video tahun lepas sebelum PKP: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini. Sebaliknya, Mohd Rashid ketika dihubungi Malaysiakini berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas. "T...