Posts

Showing posts with the label Tara Air

[Video] 14 mayat dikeluarkan dari pesawat terhempas di Nepal

Image
[Video] 14 mayat dikeluarkan dari pesawat terhempas di Nepal Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159068   POKHARA: Pasukan penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang semalam. Pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui berkecai di kawasan pergunungan. Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di Barat pagi semalam, ketika sedang menuju ke Jomsom, destinasi popular aktiviti mendaki gunung. Helikopter yang dikendalikan oleh tentera dan syarikat swasta menjelajah kawasan pergunungan terpencil sepanjang hari semalam dengan dibantu pasukan darat, namun terpaksa menghentikan pencarian apabila menjelang malam berikutan cuaca buruk menghalang operasi terbabit di kawasan sekitar 3,800 hingga 4,000 meter di atas paras laut. Operasi diteruskan semula hari ini dengan pasukan tentera berkongsi di media sosial gambar bahagian

[Video] Pesawat bawa 22 penumpang dikhuatiri terhempas di Pergunungan Himalaya

Image
[Video] Pesawat bawa 22 penumpang dikhuatiri terhempas di Pergunungan Himalaya Selanjurnya di:  https://pakdin.my/159059    KATHMANDU – Sebuah pesawat penumpang kecil milik syarikat penerbangan Tara Air di Nepal dikhuatiri terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pagi tadi, lapor stesen penyiaran NDTV. Menurut pegawai syarikat penerbangan itu, terdapat 22 penumpang di dalam pesawat termasuk empat warganegara India. Pesawat enjin berkembar Tara Air 9 NAET itu  terputus hubungan semasa terbang dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer ke barat laut ibu negara Nepal, Kathmandu menuju ke Jomsom. Pesawat itu yang dalam penerbangan berjadual selama 15 minit terputus hubungan sejurus selepas berlepas pada 9.55 pagi (waktu tempatan). “Pesawat itu dilihat di langit Jomsom di daerah Mustang dan kemudian melencong ke Gunung Dhaulagiri selepas itu ia terputus hubungan,” kata Pegawai Daerah, Netra Prasad Sharma. Pesawat itu membawa empat warga India dan tiga rakyat J