Posts

Showing posts with the label Tuntutan

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Image
[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710 Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan. “Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya. “Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.  Beliau berkata Mala...

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Image
[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/   Mahkamah di Luxembourg yang bersidang Selasa lalu membuat keputusan memihak kepada kerajaan Malaysia atas dakwaan seorang individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kepada Sultan Sulu. Mahkamah berkenaan juga telah mengetepikan perintah penahanan yang telah dipohon oleh individu berkenaan yang bertindak sebagai penuntut di Luxembourg pada 11 Januari 2022. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, perintah penahanan yang telah diketepikan itu telah dipohon berasaskan dua award timbang tara yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr. Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion. Katanya, kerajaan Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan itu, yang telah dirancang oleh penuntut. “Mal...