Posts

Showing posts with the label Gaya Hidup

Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli

Image
Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154561 ] BUNYI haiwan ternakan termasuk kokokan ayam jantan mungkin sering didengari oleh mereka yang tinggal  pinggir kota atau di desa. Ia sebati dalam masyarakat kita  hingga wujud mitos mengatakan ayam berkokok menunjukkan sudah tiba waktu untuk bangun dari tidur. Pun begitu, tahukah korang bahawa sekiranya ayam jantan berkokok pada waktu malam itu menandakan ia sedang melihat malaikat. Perkara berkenaan adalah sahih dan dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada laman Facebook rasmi beliau. Menurutnya, ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam hadis yang sahih. Berikut penerangan beliau: إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ ف

Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam

Image
  Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam [Sumber: https://pakdin.my/?p=154114 ] TEKNIK memanggang ayam di dalam tempayan atau pasu memang tidak asing lagi dan bukan suatu yang luar biasa. Namun, bagi membikin kelainan, dua sahabat, Hisham Abdul Hamid dan Muhammad Khairun Nur Rashid telah mengolah teknik pembakaran dengan menggunakan arang kayu bakau yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha. Kata Hisham, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa arang jenis itu membangkitkan lebih aroma yang tersendiri dan membuatkan sajian ayam tempayan sentuhannya bukan biasa-biasa. Tidak bergantung kepada itu sahaja, pengasas Ayam Tempayan Serkam yang terletak di Serkam, Melaka turut mengambil berat soal pemilihan tempayan. "Saya telah mengubah suai saiz (tempayan) yang berukuran 0.6 meter (m) lebar dan 0.75m tinggi bagi memastikan 13 ekor ayam dapat dipanggang serentak dan sempurna. Prinsip saya, ayam mesti garing di luar dan lembut di dalam. "Tempoh untuk

Gaya Hidup Disember 2021

Image
 Cantiknya Mak Ngah, Mak Yek masa zaman muda!  TIPS: 4 jalan pintas lakukan screenshot di Macbook tanpa aplikasi     Michael Ang jadi Hanafi, pesanan rambut sikat tepi Jep Sepahtu  Lagu nyanyian hujan Elly Mazlein, Yassin kembali tular  Dikhabarkan hamil anak pertama, Intan Ladyana & Harris Alif positif Covid-19 Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi.   Piala AFF: Indonesia atasi skuad 'tempang' Singapura untuk ke final Indonesia melangkah ke perlawanan akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Singapura, yang beraksi dengan lapan pemain pada aksi separuh akhir kedua penuh dramatik, malam ini.   Demi Lovato mempersembahkan lagu di hadapan hantu Mereka melawat sebuah bekas rumah pelacuran di mana mereka menemui satu roh bernama Carmen yang didakwa mempunyai dendam terhadap lelaki kera