Posts

Showing posts with the label KWSP

[VIDEO] Najib Razak mendesak kerajaan menaikkan had maksimum i-Citra kepada RM10,000

Image
[VIDEO] Najib Razak mendesak kerajaan menaikkan had maksimum i-Citra kepada RM10,000 BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160976/ Datuk Seri Najib Razak pada 1 November 2021 mendesak Kerajaan dirayu supaya menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir. Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) berkata, perkara itu amat dituntut oleh rakyat Malaysia pada ketika ini. "Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka. "Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin. Kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan...

PM umum boleh keluarkan RM10 ribu, laman web dan aplikasi KWSP terus down

Image
PM umum boleh keluarkan RM10 ribu, laman web dan aplikasi KWSP terus down Selanjutnya:  https://pakdin.my/157236 - Pengumuman Perdana Menteri berhubung pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dianggap seperti khabar gembira buat rakyat negara ini. Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman itu pada pukul 1.30 petang, Rabu, rata-rata netizen tampil meluahkan kelegaan dan rasa gembira di media sosial. Semakan mStar sekitar jam 2 petang Rabu mendapati laman web KWSP mengalami kesukaran untuk untuk diakses secara normal oleh para pencarum. Malah, ramai yang turut mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk (log in) bagi membuat semakan akaun masing-masing. Selain laman web rasmi KWSP, aplikasi KWSP i-Akaun juga gagal diakses oleh pengguna. Gangguan teknikal itu dipercayai berlaku kerana trafik sesak dalam laman web dan aplikasi tersebut. Difahamkan, ramai pencarum cuba mengakses akaun masing-masing selepas pengumuman rasmi PM sebentar tadi...

[Video] Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000

Image
[Video] Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157191 - Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu. Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan  daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas...

"..... Ini adalah kali ke-4 saya mendesak kerajaan memenuhi permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir KWSP... ", Najib

Image
"..... Ini adalah kali ke-4 saya mendesak kerajaan memenuhi permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir KWSP... ", Najib Baca seterusnya di:  https://pakdin.my/155649 - Teks penuh ucapan saya di Parlimen hari ini: Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya saya dapat berpeluang sekali lagi berdiri di dewan yang mulia ini. Kali ini melafazkan ucapan menjunjung kasih dan menyokong di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan sidang Parlimen Keempat Belas Penggal Kelima. Tan Sri Yang Dipertua, Sebelum saya meneruskan perbahasan ini saya ingin mengajak semua ahli-ahli dewan mendoakan keadaan banjir di negeri-negeri Pantai Timur segera pulih. Begitu juga semoga semua mangsa terlibat tabah menghadapi ujian ini. Insya Allah saya yakin semua pihak berkaitan akan sentiasa membantu memastikan kebajikan dan bantuan ...

i-Citra: PM tidak benarkan kerana 'sokongan bersyarat' PN kata Najib

Image
i-Citra: PM tidak benarkan kerana 'sokongan bersyarat' PN kata Najib [Sumber: https://pakdin.my/?p=154796] Saya gembira melihat Ketua Penerangan PN telah mengulang sokongan terhadap pengeluaran terakhir KWSP RM10k bagi pencarum pendeposit hari ini. Tapi dia tidak patut dan ianya tidak adil untuk salahkan PM9 sahaja ataupun berasa hairan walaupun permintaan ini memang antara keputusan MKT UMNO semasa kami sokong Ismail Sabri menjadi PM. Setahu saya, isu i-Citra RM10k ini telah di bawa ke mesyuarat kabinet PM9 untuk dibincang tetapi telah dibantah oleh beberapa menteri-menteri PPBM, Menteri Kewangan yang dilantik PPBM dan parti-parti lain. Sebab itu, ianya tidak berjaya diluluskan oleh kabinet sebab sokongan pada PM9 dari PN adalah bersayarat. Memandangkan PN telah pun kata sokongan bagi PM9 adalah bersyarat dan dia memang calon PN sebagai Perdana Menteri maka saya harap Ketua Penerangan PN akan suruh menteri-menteri PN yang pernah membantah sebelum ini untuk U-turn dan sokong pe...

KWSP adalah isu rakyat, bukan tujuan politik

Image
  KWSP adalah isu rakyat, bukan tujuan politik [LINK:  https://pakdin.my/?p=153399 ] UMNO mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran wang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan kerana tujuan politik. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia dibuat semata-mata keperluan semasa rakyat. “Pelbagai tohmahan dilempar terhadap UMNO disebabkan permintaan parti ini supaya rakyat yang memerlukan dibenarkan membuat pengeluaran wang akaun KWSP. “Permintaan itu dituduh oleh seorang menteri kanan sebagai menghasut, manakala pemimpin pembangkang menuduh UMNO mahu menghancurkan KWSP. “Fahamilah permintaan itu bukan permintaan politik UMNO, tetapi semata-mata berlandaskan permohonan dan keperluan semasa rakyat. “Sila baca komen rakyat Malaysia di media sosial berhubung perkara itu. Apakah UMNO menyuarakan permintaan rakyat dikatakan sebagai politik?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook. Menurut Ahmad Zahid, kewajaran permintaan itu juga sudah banyak kali dip...