Posts

Showing posts with the label Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Pengarah syarikat didakwa tawar suapan agar Annuar Musa cepatkan pengambilalihan Menara KL

Image
Pengarah syarikat didakwa tawar suapan agar Annuar Musa cepatkan pengambilalihan Menara KL BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163167 Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur. Abdul Hamid Shaikh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan suapan tersebut melalui Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihuku...