Posts

Showing posts with the label Pondok Tahfiz

[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api

Image
[VIDEO] 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah musnah dijilat api Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159670/ KUANTAN: Sebanyak 33 pondok Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, di Kampung Darat Sungai Ular, di sini, musnah dalam kebakaran jam 9 pagi tadi. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berikutan pondok berkenaan tiada penghuni kerana semua pelajar sedang bercuti. Pengetua Tahfiz Madrasah Al Imaniyah, Zaidi Malik, berkata sebanyak 33 pondok di tahfiz itu musnah sekelip mata dijilat api dan menyifatkan kejadian itu terburuk dalam 10 tahun ia beroperasi. Zaidi berkata, ketika kebakaran berlaku, beliau dalam perjalanan ke Kelantan dan dimaklumkan mengenai perkara itu oleh penduduk kampung. "Saya berpatah balik untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku. Setiba di tempat kejadian, luluh hati saya melihat apa yang berlaku. Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi," katanya. Sementara itu, seorang saksi kejadian yang juga