Posts

Showing posts with the label Susu

Susu Neelofa Terjejas Sebab Tekanan Isu Semasa

Image
Susu Neelofa Terjejas Sebab Tekanan Isu Semasa BACA di: https://pakdin.my/173734 SELEBRITI terkenal, Neelofa mendedahkan tekanan mengikuti perkembangan isu semasa dunia terutama situasi rakyat Palestin yang cedera dan terkorban akibat kekejaman Israel menjejaskan bekalan susu badannya. Disebabkan itu,  Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor mengambil pendekatan menyebarkan kesedaran dengan memuat naik kandungan yang tidak menunjukkan keperitan ditanggung penduduk Gaza. “Selepas sebulan aktif buat hantaran keadaan di Gaza, saya kini memilih kandungan berbeza. Kalau dulu muat naik video kanak-kanak dan wanita. “Sekarang, saya lebih kepada (berkongsi) kandungan pendidikan untuk suntik kesedaran kekejaman dilakukan Zionis. Sebab tekanan (isu semasa) memberi kesan kepada ‘supply’ (bekalan) susu saya. “Sebagai ibu yang menyusu bayi berusia empat bulan, penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari memberi kesan kepada anak saya,” katanya. Enggan wanita lain mengalami nasib