Posts

Showing posts with the label Suruhanjaya Pilihan Raya
Image
SPR Thailand sahkan keputusan pilihan raya bolehkan pembentukan kerajaan baharu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165932 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini memperakui keputusan Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas yang membuka laluan kepada penggal baharu Parlimen yang akan bersidang dalam tempoh 15 hari selain pembentukan kerajaan baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi. Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan - 400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan. Setiausaha Agung SPR, Sawaeng Boonmee, berkata walaupun SPR telah memperakui keputusan semua kerusi, siasatan mengenai penipuan pilihan raya akan terus dijalankan dalam tempoh setahun. Selepas pengesahan kesemua 500 Ahli Parlimen hari ini, Parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari untuk memilih Speaker dan timbalan speaker yang baharu. Speaker Dewan akan menetapkan tarikh sesi bersama 500 ahli Dewan Perwakilan yang dipilih dan

#PRNJohor: SPR tetapkan 12 Mac tarikh mengundi

Image
#PRNJohor: SPR tetapkan 12 Mac tarikh mengundi [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154477 ] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. Hadir sama, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaiman. Menurut data SPR, seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti. Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18. PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14. SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DU