Posts

Showing posts with the label Majoriti

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Image
  Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri [LINK: https://pakdin.my/?p=153341 ] Perak,PerakTindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru dilancarkan pada 21 Dis lepas, tidak memberi kesan kepada kestabilan kerajaan negeri. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini kerana ketiga-tiga ADUN tersebut tidak menarik sokongan kepada kerajaan negeri dan hanya bertukar parti. “Selagi kerajaan ada kerusi yang mencukupi, tidak ada apa kesan sebab sekarang kita ada 36 kerusi yang menyokong kerajaan sedia ada. Tiga ADUN itu mengatakan mereka hanya tukar parti dan tidak menarik sokongan pada kerajaan negeri jadi ia tidak memberi apa-apa kesan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek pecah tanah kerja naik taraf Jalan Tambun di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Tiga wakil rakyat ya

Johor tidak selesa majoriti kerusi DUN tipis, tunggu masa terbaik untuk PRN

Image
  Johor tidak selesa majoriti kerusi DUN tipis, tunggu masa terbaik untuk PRN [LINK:  https://pakdin.my/?p=153342 ] Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan, beliau tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung isu PRN. Menurut beliau, majoriti tipis hanya dengan satu kerusi masih menjadi elemen utama yang dilihat kerajaan sebelum memutuskan sebarang kemungkinan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. “Saya masih lagi berpendapat bahawa saya perlu melihat kepada keadaan apabila kerajaan hanya mempunyai satu majoriti… walaupun semua org suka jadi no 1 tapi mgkin Johor tak sukalah dengan istilah 1 itu. “Kalau ada pihak yang menyatakan bila nak ada pilihan raya (negeri) atau mungkin sudah ada tarikh nak pilihan raya kecil atau PRN, saya rasa seingat saya sebagai Menteri Besar saya tak pernah mengumumkan sebarang keputusan selain daripada melihat dan meninjau kemungkinan-kemungkinan apabila kerajaan Johor hanya memiliki satu majoriti sahaja, itu keadaan yang