Posts

Showing posts with the label Lokap

Tahanan ditemui mati dalam lokap

Image
  Tahanan ditemui mati dalam lokap [LINK:  https://pakdin.my/?p=153514 ] KOTA BHARU - Seorang suspek berkait kes pemilikan dadah ditemukan mati ketika berada di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, pada petang Ahad. Suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, suspek sebelum itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sel semasa pemeriksaan rutin berkala yang dilakukan oleh pihak polis. “Suspek disangkakan tidur dan dikejutkan namun tidak bangun menyebabkan polis menghubungi pegawai perubatan. “Pegawai perubatan yang tiba dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ke lokap IPD Kota Bharu mengesahkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin. Beliau berkata, suspek tersebut ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes pemilikan dadah mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 19