Posts

Showing posts with the label Bursa Malaysia

Bursa Malaysia terus catat peningkatan untuk dibuka tinggi

Image
Bursa Malaysia terus catat peningkatan untuk dibuka tinggi BACA seterusnya di: pakdin.my/167061 Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, kata peniaga.  Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.76 mata kepada 1,458.20 daripada 1,454.44 semalam. Indeks utama dibuka tinggi 1.79 mata kepada 1,456.23.  Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 252 berbanding 209 manakala 285 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 539.08 juta unit bernilai RM260.76 juta. Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI dijangka mencatatkan aktiviti dagangan yang kukuh dengan pemangkin positif daripada senario domestik serta nilai dagangan dan jumlah keseluruhan yang tinggi.  “Selan itu, dengan prestasi positif Wall Street semalaman, kami berpendapat minat belian akan meluas ke saham di perin

Dagangan Bursa Malaysia tinggi pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini

Image
Dagangan Bursa Malaysia tinggi pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166982 - Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang positif. Pada 9.30 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.52 mata kepada 1,445.63 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu, selepas dibuka pada paras 1,440.11, meningkat 1.41 mata. Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 280 berbalas 202, manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,567 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung. Jumlah dagangan 741.78 juta unit bernilai RM205.79 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI merosot pada Rabu apabila pelabur mengambil peluang untuk mengambil keuntungan atas kebimbangan mengenai keadaan ekonomi China. “Walaupun pembetulan itu dianggap sihat, kami menjangkakan lantunan segera akan berlaku kerana aktiviti
Image
Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544 Senang kerja dia sebagai Menteri.  Sekadar beri alasan saja.  Bila ditanya kenapa Bursa Malaysia jatuh lebih 520 points berbanding sebelum PRU14 dan kenapa Bursa terus turun semalam pada ketika hampir semua pasaran saham dunia melonjak naik, jawapan Rafizi ialah Bursa Malaysia kurang menyinar berbanding negara-negara lain.  Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia yang kononnya kurang berkilau? Apakah Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia? Habis lah ASB, TH, KWSP, KWAP dan LTAT.  "Local stock market lacks ‘lustre’ compared to others, says Rafizi" https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/06/03/malaysias-sto

Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia

Image
Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165468 Ada yang tidak kena di sini Pasaran dunia meningkat semalaman kerana AS telah menyelesaikan krisis Hutang Persekutuan yang merupakan alasan yang diberikan oleh kerajaan kita atau lebih tepat oleh Rafizi mengapa mata wang Ringgit kita lemah. Walau bagaimanapun, Malaysia terus berada dalam kedudukan merah (Indonesia mendatar pada -0.05%) walaupun di mana-mana negara meraih keuntungan (menokok). Bursa Malaysia kini berada pada 1,378 mata - 518 mata besar di bawah paras tertinggi 1,896 pada April 2018 sebelum PRU-14. VIDEO berkaitan: Seperti mata wang kita, Bursa Malaysia tidak pernah pulih ke parasnya sejak 5 tahun lalu sejak selepas PRU-14.

Saham, ringgit merudum

Image
Saham, ringgit merudum Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159364   Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83  Jumlah dagangan sebanyak 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta. Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185 Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran penurunan pada sesi awal Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran serta impak jualan ketara semalaman di Wall Street, kata peniaga. Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 6.97 mata kepada 1,457.86. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 529 berbanding 63 manakala 216 kaunter lain tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata

Image
Bursa Malaysia merudum, jatuh bawah 1,500 mata Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159292   Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.03 mata kepada 1,505.68. Paras terendah 1,493.32 pada sesi pagi. Jumlah dagangan merosot kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Khamis. Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi rendah dan melepasi paras psikologi 1,500 hari ini, didorong oleh jualan berterusan secara menyeluruh, sejajar dengan prestasi bursa serantau yang lemah, kata peniaga. Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah 15.76 mata atau 1.04 peratus kepada 1,493.95 daripada 1,509.71 pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.03 mata kepada 1,505.68, yang menjadi paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah 1,493.32 pada sesi pagi. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 667 kepada 254 manakala 400 kaunter tidak berubah, 953 ti