Posts

Showing posts with the label Mental

Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial

Image
Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165640 Jenny, seorang wartawan yang enggan dikenali dengan nama sebenar atas faktor keselamatan, bukanlah pengguna tegar media sosial, namun, apabila sebuah laporan yang dihasilkan oleh pasukannya pada 2020, iaitu ketika kemuncak penularan COVID-19, dikecam hebat oleh warga maya, dia menyahaktifkan semua akaun media sosialnya demi kesihatan mentalnya.   “Gangguan yang kami terima agak hebat. Ramai warga maya yang mengecam kami menerusi media sosial,” katanya. “Ada juga ugutan bunuh. Mereka selidik siapa kami dan menampilkan alamat pejabat kami di Facebook serta mengancam untuk membakar pejabat dan datang membunuh kami.” Dia tidak berasa selamat langsung, kongsinya kepada Bernama. Mujurlah ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 yang secara langsung melindunginya. Ironinya, sekatan pergerakan itu juga mungkin penyumbang kepada kecaman melampau tersebut. Oleh kerana sepanjang tempoh