Posts

Showing posts with the label Pulau Redang

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

Image
[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160445/ KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat mereka ditemukan terapung antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi oleh nelayan setempat yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat). “Kesemua mayat ditemukan di lokasi berbeza sekitar 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu ialah Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar dan Zulkifli Umar, kedua-duanya berusia 48 tahun. Katanya dalam kejadian pada 10 malam itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang