Posts

Showing posts with the label Hlux

[Video] Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang

Image
Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang [Sumber: https://pakdin.my/?p=154876 ] BESUT - Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar dekat jambatan Tembila, disini telah dijumpai dan dinaikkan ke darat dengan bantuan kren pada petang Rabu. Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, kenderaan itu dijumpai di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter pada jam 5.15 petang dan berjaya dinaikkan jam 6.25 petang. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan mendapati jasad mangsa, Shukri Wahab, 52 tidak ditemui dalam kenderaan tersebut. "Jarak kenderaan ketika ditemui dari lokasi kejadian di Jambatan Tembila dianggarkan kira-kira 10 meter," katanya ketika kepada pemberita pada Rabu. Menurut Mohamad, pasukan penyelamat akan meluaskan radius pencarian jika mangsa masih belum ditemui pada Khamis. Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan menerusi teknik pencarian di