Posts

Showing posts with the label Renjatan

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

Image
[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160495/ GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik susulan panahan petir. Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya M Nor Zawawi Awang, 54, di dalam biliknya. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya percaya sebab kematian mangsa adalah kerana renjatan elektrik daripada kejadian panahan petir terhadap invertor solar di rumahnya. Katanya, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dan dibawa ke Klinik Kuala Betis sebelum disahkan meninggal dunia. "Selepas mendengar bunyi letupan petir, bapa mangsa pulang ke rumah dan dimaklumkan tiada elektrik. Bapa mangsa menghubungi pembaiki invertor solar dan diberitahu invertor solar rumah mereka