Ingat Allah hilang tekanan
Ingat Allah hilang tekanan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160543/ Setiap manusia tidak terlepas daripada mengalami tekanan atau stres kerana ia merupakan asam garam dalam kehidupan. Bezanya hanyalah pada tahap stres yang dialami oleh seseorang itu, sama ada serius atau pun tidak. Sehubungan dengan itu, seseorang yang mengalami stres hendaklah bijak menguruskannya agar kehidupan menjadi lebih aman dan sempurna. Oleh itu, harus disedari bahawa stres merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana stres biasanya timbul apabila seseorang menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup. Ujian dalam kehidupan ini merupakan suatu lumrah yang diciptakan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), (dengan merasai) kelaparan, (dengan berlakunya) kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar." Firman...