Posts

Showing posts with the label Kementerian Pengajian Tinggi

Ibu bapa pelajar MRSM berang karnival Keluarga Malaysia diteruskan di sebalik ancaman Covid-19

Image
Ibu bapa pelajar MRSM berang karnival Keluarga Malaysia diteruskan di sebalik ancaman Covid-19 [Sumber: https://pakdin.my/?p=155020 ] Ibu bapa pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat dan bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berang kerana Karnival Keluarga Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diteruskan, meskipun anak-anak mereka baharu selesai dikuarantin selepas kes positif Covid-19 dilaporkan. Karnival KPT itu, yang bermula semalam hingga esok, turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Noraini Ahmad. Ibu bapa yang dihubungi memberitahu, anak mereka selesai dikuarantin pada 12 Feb selepas kes Covid-19 dilaporkan di MRSM Batu Pahat. “KPT tidak peka langsung keadaan anak-anak yang baharu selesai dikuarantin oleh kerana ada jangkitan Covid-19 dan juga keselesaan mereka untuk belajar demi masa depan mereka,” luah seorang ibu yang meminta tidak dinamakan demi keselamatan anaknya. Anaknya adalah antara 126 pelajar yang sedang