[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut
[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut Baca selanjutnya di: https://pakdin.my/155378 LANGKAWI: Seramai 14 pemancing dan empat kru berhadapan detik cemas apabila terapung selama hampir enam jam di laut selepas bot yang dinaiki mereka karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di pulau ini semalam. Bot yang dinaiki mangsa karam selepas air masuk ke dalam bot selepas papan di bahagian depan bot tersebut pecah kira-kira pukul 1.30 petang. Dalam tempoh tersebut mereka yang memakai jaket keselamatan hanya berpaut pada pelampung. Tekong bot Empayar Mahsuri, Baseri Aziz, 55, berkata, kejadian berlaku ketika cuaca buruk dengan ombak besar melebihi lima meter dan bot yang mereka naiki bergerak dalam kelajuan hanya 3 hingga 4 knot. Menurutnya, mereka ketika itu berada kira-kira 14 kilometer dari daratan. “Bot yang kami naiki karam selepas air masuk ke dalam bot apabila papan di bahagian depan bot pecah,” katanya ke...