Posts

Showing posts with the label SmartTAG

6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar

Image
  6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar [Sumber: https://pakdin.my/?p=153534 ] PLUS telah memulakan operasi RFID di semua plaza tol mulai hari Sabtu, 15 Januari yang lepas. Tetapi masalah besar bermula pada hari Isnin, 17 Januari apabila kesesakan luar biasa berlaku di beberapa plaza tol PLUS. Orang ramai meluahkan rasa marah dan meninggalkan komen kerana kecewa dengan masalah yang timbul berkaitan RFID, mengakibatkan pihak PLUS terpaksa mematikan fungsi komen di Facebook rasmi PLUS Malaysia.   Ruangan komen dimatikan di Facebook PLUS Malaysia Sebenarnya, RFID telah pun digunakan dengan meluas di lebuhraya sekitar Lembah Klang, dengan 1.5 juta pengguna RFID telah berdaftar. Jadi apa silapnya pada sistem RFID di PLUS sehingga mengakibatkan kesesakan trafik? Ini cadangan yang boleh PLUS dan Touch n Go pertimbangkan untuk meningkatkan perkhidmatan dan kelancaran proses RFID di plaza tol.   1. Papan tanda laluan RFID yang jelas Pelaksanaan RFID di leb